Monday, August 30, 2010

demam MAHER ZAIN


Tiba-tiba nama Maher Zain menjengah diri Ramadan ini. Maaf agak lambat mengenalinya, birapun album perdananya Thank You Allah sudah setahun menjengah pasaran (tak pasti kalau albumnya ada di sini).
Satu yang pasti, lagu dan nyanyiannya cukup menangkap. Mesej Islami terjalin akrab dalam nuansa pop ringan dalam kata lain memang memikat jiwa muda mendengar dan menghayati mesejnya.
Malah kisah pembabitannya dalam muzik bukan lagi rahsia dan mengapa dia akhirnya memilih aliran seperti ini juga bukan rahsia. Pada aku Maher Zain memang tengah 'in' sekarang. Tak salah kalau aku wujudkan Carta Lima untuknya...

CARTA LIMA MAHER ZAIN
1. Thank You Allah
2. Insya Allah
3. Always be There
4. Barakallah Lakuma
5. The Chosen One

lagu-lagu lain yang juga menangkap: Ya Nabi Salam Alaika, Allahi Allah Kiya Karo, Awaken...

TRANS-FORMASI

Ya, ini masanya untuk bertransformasi, mengubah, rebranding atau apa saja yang difikirkan patut. Sudah terlalu lama melayan rasa sepi da keterasingan. Cukup lah. Ramadan pun dah nak berakhir jadi baik buat pecutan terakhir. Tinggal 10 hari lagi ni...

Carta Lima Julai:
1.Bukan Cinta Biasa-Afgan
2. Melt Away-Mariah Carey
3. Cinta Jangan Kau Pergi-Vidi Aldiano
4.Wajahmu Mengalihkan Duniaku-Afgan
5. OMG-Usher