Wednesday, November 3, 2010

KOMIK lama

X-Factor #130 (1997)

OK, komik kali ini menceritakan mengenai Pilihanraya Amerika Syarikat dan anak kepada Mystique (gambar) dan Sabretooth, Graydon Creed menjadi calon senator. Masalahnya dia bukan mutan dan cukup membenci golongan itu. Ketika berkempen, Mystique dengan kuasa mengubah dirinya berjaya menyelinap untuk bertemu Creed selepas berjaya membuang kolar pengesan. Malangnya muslihatnya berjaya dikesan pasukannya, X-Factor dan berkesudahan dengan tragedi.

MINGGU paling PANTAS

Mungkinkah minggu ini menjadi minggu paling pantas buatku? Setiap detik berlalu bagaikan tidak dirasa. Atau mungkin kerana aku sedar masa sudah tidak lagi menungguku dengan sebuah perjalanan yang bakal bermula tidak lama lagi. Setiap waktu bagaikan berharga tetapi ketika aku mula menghargainya pelbagai hambatan datang mengocak rasa. Moga perjalanan selepas ini dirahmati Allah dan diberkatinya. Jauhilah aku daripada marabahaya. Amin

CARTA LIMA OKTOBER
1. Ku Berjanji Karna Cinta -Anuar Zain
2. Izinku Pergi- Kaer
3. Bonamana- Super Junior
4. Tolong Ingatkan Aku- Ana Raffali
5. Seribu Tahun- Imran Ajmain

Monday, October 18, 2010

PARKIR hospital

lelah sudah berkitar-kitar di sini
terasa kesabaranku menyusut sudah
mencari ruang kosong
atau yang mula dikosongkan
sedang yang lain juga
menyimpan angan yang sama

terkadang ketika beginilah
bila sabar pun menipis
mata pun tak dapat lagi membaca
masuk saja walaupun dilarang
memintas sewenang-wenang
wajah dipanggang marah
masa pun terbuang sudah

nyata jiwaku perlu rawatan kecemasan
sabarku hilang warasku bertaburan...

Cheras, 14 Oktober 2010

Thursday, October 14, 2010

TRIBUTE...

Sukan Komanwel 2010 pun dah melabuhkan tirainya. Debaran pun berakhir. Sasaran 10 emas sudah dilepasi. Tahniah!Tahniah!Tahniah!
1. Amirul Hamizan Ibrahim -angkat berat 56kg
2. Arrico Jumith -angkat berat 69kg
3. Josiah Ng- lumba basikal kierin
4. Datuk Nicol David -squasy perseorangan wanita
5. Pasukan Badminton Kebangsaan
6. Nur Ayuni Farhana Abdul Halim-Nur Suryani Mohd Taibi -10m raifal
7. Pandelela Rinong -terjun 10m platform
8. Bibiana Ng -pistol 25m individu
9. Datuk Lee Chong Wei -badminton perseorangan lelaki
10. Elaine Koon -gimrama (gelung)
11. Koo Kien Kiat-Chin Ee Hui -badminton beregu campuran
12. Koo Kien Kiat-Tan Boon Heong -badminton beregu lelaki

Yang menang pingat perak dan gangsa juga, good job!

Tuesday, October 5, 2010

KOMIK lama 2010

ULTIMATE X-MEN#94 (2008)

PERGH.. lama betul tak buat KOMIK LAMA. Rasanya ini yang pertama sepanjang tahun 2010. Selepas pelbagai hambatan, rintangan dan alasan, akhirnya aku kembali lagi dengan reviu komik. Maafkan aku ye.
Kali ini kita cerita tentang Colossus (gambar). X-Men yang mempunyai tubuh keluli organik yang boleh bertukar bila-bila perlu.
Tetapi aku tak suka Colossus versi yang ini. Mengapa? Bacalah sendiri.
Ceritanya:ketika X-Men tengah asyik main besbol di mansion mereka, tiba-tiba diserang sekumpulan superhero dari Kanada menggelarkan mereka Alpha Flight (terdiri daripada Vindicator, Aurora, Snowbird, Shaman, Sasquatch, Sunfire dan Jubilee) datang untuk mendapatkan Northstar, kembar Aurora yang lari daripada Department H.
Ketika bertarung, Colossus cuba nak selamatkan Northstar tetapi gagal.
Dari situ timbul kisah mengenai dadah Banshee yang digunakan kumpulan mutan ini untuk meningkatkan kuasa mereka, kemudian Jean Grey dapat tahu yang Colossus juga guna dadah ini dan berlaku pergaduhan kerana Colossus mendakwa, Jean menceroboh mindanya.
Nak tahu apa terjadi lepas itu? Bacalah sendiri, kerana aku tak suka Colossus versi ini.

Friday, October 1, 2010

MENDUNG lagi?

SEMINGGU dua ini rasa agak tak menentu. Banyak kejadian yang menduga diri hingga kadangkala memaksa hati merajuk. Tapi siapalah yang tahu. Cuma aku harap segalanya akan reda, namun tetap kuhadapinya dengan terbuka.

CARTA LIMA SEPTEMBER:
1. Hanyut-Faizal Tahir
2. Tiba-Shahir, Faizal Tahir, Faizal Ismail
3. Hanya Kerana Cinta-Aril, Hafiz, Ayu, Tini, Anne
4. Insya Allah-Maher Zain
5. My Immortal-Evanescence

Friday, September 24, 2010

MAAF?

baru saja kau menghulur tangan
dan mengharapkan kemaafanku
tetapi kau juga yang memulakannya
mengguris jiwa bagaikan kau sudah lupa
tetapi mungkin itu jugalah kita
manusia memang pelupa
dan aku perlu terus mengingatkan diri
agar terus memaafkanmu
biarpun hati sudah luka
aku maafkan saja
hati sudah luka
aku maafkan
sudah luka
aku
luka...




KL, 15 Syawal 1431H

Saturday, September 18, 2010

LAGU RAYA 2010

DIAM tak diam dah nak masuk 10 Syawal. Cepatnya masa berlalu, dalam sibuk-sibuk seronok nak menyambut Raya..tiba-tiba je dah Raya pun. Cakap pasal Raya, banyak lagu baru tahun ini dan lagu lama masih kuat penangannya. Apa lagu Raya pilihan anda tahun ini?

CARTA LIMA LAGU RAYA
1. Selamat Berhari Raya-Rahimah Rahim
2. Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda-Hujan feat Raihan
3. Suasana Hari Raya- Anuar dan Ellina
4. Suara Takbir- Allahyarham Tan Sri P Ramlee
5. Hari Mulia- Datuk Sheila Majid

lagu lain yang saya minat juga tahun ni: Menjelang Hari Raya (Datuk DJ Dave), Raya Oh Yeah! (Yuna), Hari Hari, Hari Raya (Ana Rafali)

Tuesday, September 7, 2010

hari hari TERAKHIR RAMADAN

TAK keterlaluan kalau aku katakan Ramadan kali ini paling pantas. Dua tiga hari lagi nak raya. Dalam dalam kepantasan itulah, berbagai-bagai kejadian yang tak masuk akal berlaku, ironik sungguh jika dibandingkan fitrahnya Ramadan sebagai bulan membersihkan diri, meningkatkan ibadah dan melawan hawa nafsu. Yang berlaku pula sebaliknya.
Ya Allah, inikah ujian buat hamba-Mu?
Bermula dengan ribut di bazar Ramadan, kes buang bayi, kes bunuh, tuntutan segelintir pihak yang tak masuk akal belum masuk lagi kes khutbah Jumaat, tazkirah di masjid dan bila Aidilfitri menghampiri pula isu iklan raya di tv dan khabar angin raya awal. Allahuakbar!
Setiap orang ada pandangan tersendiri mengenai perkara di atas tetapi bak kata Man Bai: "Ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna, agar dapat kulalui dengan sempurna."
Ya, kita mengharapkan kesempurnaan untuk Ramadan dan mengharap dapat bertemu Ramadan tahun depan, Insya Allah.
Paling penting moga apa yang dipelajari ketika Ramadan, dapat diteruskan Syawal nanti. Ayuh, kita me'Ramadan'i Syawal ini.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN

Wednesday, September 1, 2010

HMM..

Cepatnya dah masuk September... dah dapat apa yang nak dicari?

CARTA LIMA OGOS

1. The Chosen One-Maher Zain
2. You Came To Me- Sami Yusof
3. Butterfly-Mariah Carey
4. Insya Allah-Maher Zain
5. Sungai Lui-Aizat

MERDEKA 2010!

MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!

Semalam ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-53. Hayatilah dengan hati penuh sedar, walaupun orang kata bukan mudah mendapat kemerdekaan tetapi itulah hakikatnya. Bayangkan kalau kita masih dijajah ketika ini, kau ingat boleh kita hidup selesa begini? Makan apa saja, pergi ke mana saja, buat apa yang diinginkan (rujuk MERDEKA,2009). Kepada yang 'rimas' dengan apa yang kita kecapi sekarang ini, fikirlah dengan akal waras bukan emosi. Yang jadi mangsa nanti bukannya kita saja tapi anak cucu kelak.

Sejak nafas pertama lagi
rasa itu sudah menadi
berdenyut dalam alir
darah mengisi segenap tubuh
makin lama makin kuat
seiring gagahnya langkah
meredah zaman mencabar
dan setiap kali
angka dan tarikh itu tiba
tiga satu
lapan
seribu sembilan ratus lima puluh tujuh
berkibarlah bendera
di dalam hati
cantiknya
semangat merah putih biru kuning
berpadu dalam bangga
dan cinta
aku anak Malaysia.

Kuala Lumpur,1 September 2010

p/s: Dengar lagu Bapak, nyanyian Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Sebak...

Monday, August 30, 2010

demam MAHER ZAIN


Tiba-tiba nama Maher Zain menjengah diri Ramadan ini. Maaf agak lambat mengenalinya, birapun album perdananya Thank You Allah sudah setahun menjengah pasaran (tak pasti kalau albumnya ada di sini).
Satu yang pasti, lagu dan nyanyiannya cukup menangkap. Mesej Islami terjalin akrab dalam nuansa pop ringan dalam kata lain memang memikat jiwa muda mendengar dan menghayati mesejnya.
Malah kisah pembabitannya dalam muzik bukan lagi rahsia dan mengapa dia akhirnya memilih aliran seperti ini juga bukan rahsia. Pada aku Maher Zain memang tengah 'in' sekarang. Tak salah kalau aku wujudkan Carta Lima untuknya...

CARTA LIMA MAHER ZAIN
1. Thank You Allah
2. Insya Allah
3. Always be There
4. Barakallah Lakuma
5. The Chosen One

lagu-lagu lain yang juga menangkap: Ya Nabi Salam Alaika, Allahi Allah Kiya Karo, Awaken...

TRANS-FORMASI

Ya, ini masanya untuk bertransformasi, mengubah, rebranding atau apa saja yang difikirkan patut. Sudah terlalu lama melayan rasa sepi da keterasingan. Cukup lah. Ramadan pun dah nak berakhir jadi baik buat pecutan terakhir. Tinggal 10 hari lagi ni...

Carta Lima Julai:
1.Bukan Cinta Biasa-Afgan
2. Melt Away-Mariah Carey
3. Cinta Jangan Kau Pergi-Vidi Aldiano
4.Wajahmu Mengalihkan Duniaku-Afgan
5. OMG-Usher

Monday, July 19, 2010

I'M BACK?

Ok, sudah-sudahlah tu. Kini masa untuk kembali.

Carta Lima Mei:
1. If We Ever Meet Again-Katy Perry/Timbaland
2. Sofea Jane-Black
3. Nadiku-Sabhi Saddi
4. Morning After Dark-Timbaland/Nelly Furtado/SoShy
5. Susun Silang Kata-Aizat

Carta Lima Jun:
1. Manusia Bodoh-Adaband
2. Waka Waka-Shakira
3. Waving Flag-K'Naan
4. OMG-Usher
5. Everytime You Need A Friend-Mariah Carey

senang-senang aku sambung lagi.. InsyaAllah

Tuesday, May 4, 2010

REHAT LAGI LA...

Aku rehat lagi...

Carta Lima April:
1.If We ever Meet Again-Timbaland feat Katy Perry
2.Melawan Kesepian-Siti Nurhaliza
3.Kini Bebas-Camelia feat Anuar Zain
4.Nadiku-Sabhi Saddi
5.Extravaganza-Bunkface

Thursday, April 1, 2010

masih REHAT

MASIH rehat. Ternyata aku masih perlu ruang untuk menyendiri dan memerhati...

Lagu fav Mac: Drama King-Meet Uncle Hussain feat Black/My Immortal-Evanescence/Cinta Kosmik-The Fabulous Cats/Fireflies-Owl City/ I Want To Know What Love Is-Mariah Carey

Tuesday, March 2, 2010

REHAT2

Fav songs for February: Selamat Malam-Faizal Tahir/Fading Like a Flower (Everytime You Leave) -Roxette/Tik Tok-Ke$ha/Down-Jay Sean feat Lil Wayne/Meet Me Halfway-Black Eyed Peas

Tuesday, February 23, 2010

REHAT

MUNGKIN aku perlu ruang. Mungkin aku perlu masa. Untuk memikirkan semuanya.
Sementara itu, aku akan berehat. Tiada lagi entry. Mungkin ada lagu pilihan untuk syok sendiri...
Chiao (for now)

Tuesday, February 9, 2010

ONE after ANOTHER

Lot of things happened from the day I celebrated my birthday. After enjoying my weekend at the east coast (what a trip), I feel ill for the whole week. There goes my 1 week holiday. Nothing much to do except rest and relax (in pain?).
Later some personal conflict (can't mention it here) that really sapping my energy when I really need to be positive to continue on living. Now I'm picking up pieces and ready to go. It's about time...

fav songs for January: Tik Tok-Ke$ha/Time For Miracles-Adam Lambert/Ketika Cinta Bertasbih-Melly Goeslaw feat Amee/Paparazzi-Lady Gaga/Selamat Malam-Faizal Tahir

Friday, January 22, 2010

THANK you

1.OH! It's my birthday again. Alhamdulillah
2. Tambah lagi setahun umur aku. Tapi ada aku kesah?
3.Layan lagu birthday 'old skool' dari NKOTB (rasa dah tua pulak).
4. Juga lagu birthday dari MC.
5. Layan FB, baca wishes
6.Pergi sembahyang Jumaat
7.To the office, bro
8.Celebrate Birthday dengan kek, lemang dan rendang (ingat dah raya?)
9. Settlekan kerja sebelum balik

Thank you for all the wishes: MAK, ayah, ZIla, UNa, aidiL, IMAN,HADI, MIzar,saraH,irWAN, POJie, NorahJONEs,madI,KaK seha,mOOn,MaI,FAIZAH,Mathussin, abangSHAh,MurNi, Fer,aziman, CHEjah,haRis, NuTT, abg ABROR, all geng SPORT, officeMATES etc....THANK YOU

Age is just a number, don't stop from having fun...

Wednesday, January 20, 2010

BERTAHANLAH ya

AKU perlu cuba sesuaikan diri dengan perubahan ini. Yang pasti aku tiada pilihan lain, hadapi apa yang ada dengan ketabahan. Mungkin susah sedikit tetapi insyaallah, akan ada hasilnya. Aku hanya perlu bertahan. Terus bertahan.

Alah bisa kerana biasa...

Friday, January 8, 2010

1 MINGGU 2010

DIAM tak diam sudah seminggu 2010. Semua orang mengharapkan yang terbaik berlaku dalam hidup mereka untuk tahun ini. Aku tak terkecuali.
Tetapi entah di mana silapnya, minggu ini penuh dengan tekanan pula buat aku. Harapan demi harapan hilang tiba-tiba. Minda aku kosong. Tak boleh berfikir sesuatu yang posistif, semuanya nampak negatif. Aku cuba lawan tapi macam cuba selamatkan orang yang berada tengah lingkaran api tapi apa yang aku buat hanya berlari di keliling saja.
Aku cuma boleh cakap "you may need a blue sky holiday" (Bad Day-Daniel Powter) bila jadi macam ini, tak pernah pula aku rasa terdesak sangat nak bercuti.
Cuma apa yang boleh aku pastikan semuanya akan berlalu, baik buruk atau baik, sama ada selesai atau tidak misi aku, "this too shall pass"

Mudah-mudahan