Friday, January 22, 2010

THANK you

1.OH! It's my birthday again. Alhamdulillah
2. Tambah lagi setahun umur aku. Tapi ada aku kesah?
3.Layan lagu birthday 'old skool' dari NKOTB (rasa dah tua pulak).
4. Juga lagu birthday dari MC.
5. Layan FB, baca wishes
6.Pergi sembahyang Jumaat
7.To the office, bro
8.Celebrate Birthday dengan kek, lemang dan rendang (ingat dah raya?)
9. Settlekan kerja sebelum balik

Thank you for all the wishes: MAK, ayah, ZIla, UNa, aidiL, IMAN,HADI, MIzar,saraH,irWAN, POJie, NorahJONEs,madI,KaK seha,mOOn,MaI,FAIZAH,Mathussin, abangSHAh,MurNi, Fer,aziman, CHEjah,haRis, NuTT, abg ABROR, all geng SPORT, officeMATES etc....THANK YOU

Age is just a number, don't stop from having fun...

Wednesday, January 20, 2010

BERTAHANLAH ya

AKU perlu cuba sesuaikan diri dengan perubahan ini. Yang pasti aku tiada pilihan lain, hadapi apa yang ada dengan ketabahan. Mungkin susah sedikit tetapi insyaallah, akan ada hasilnya. Aku hanya perlu bertahan. Terus bertahan.

Alah bisa kerana biasa...

Friday, January 8, 2010

1 MINGGU 2010

DIAM tak diam sudah seminggu 2010. Semua orang mengharapkan yang terbaik berlaku dalam hidup mereka untuk tahun ini. Aku tak terkecuali.
Tetapi entah di mana silapnya, minggu ini penuh dengan tekanan pula buat aku. Harapan demi harapan hilang tiba-tiba. Minda aku kosong. Tak boleh berfikir sesuatu yang posistif, semuanya nampak negatif. Aku cuba lawan tapi macam cuba selamatkan orang yang berada tengah lingkaran api tapi apa yang aku buat hanya berlari di keliling saja.
Aku cuma boleh cakap "you may need a blue sky holiday" (Bad Day-Daniel Powter) bila jadi macam ini, tak pernah pula aku rasa terdesak sangat nak bercuti.
Cuma apa yang boleh aku pastikan semuanya akan berlalu, baik buruk atau baik, sama ada selesai atau tidak misi aku, "this too shall pass"

Mudah-mudahan