Friday, September 24, 2010

MAAF?

baru saja kau menghulur tangan
dan mengharapkan kemaafanku
tetapi kau juga yang memulakannya
mengguris jiwa bagaikan kau sudah lupa
tetapi mungkin itu jugalah kita
manusia memang pelupa
dan aku perlu terus mengingatkan diri
agar terus memaafkanmu
biarpun hati sudah luka
aku maafkan saja
hati sudah luka
aku maafkan
sudah luka
aku
luka...




KL, 15 Syawal 1431H

Saturday, September 18, 2010

LAGU RAYA 2010

DIAM tak diam dah nak masuk 10 Syawal. Cepatnya masa berlalu, dalam sibuk-sibuk seronok nak menyambut Raya..tiba-tiba je dah Raya pun. Cakap pasal Raya, banyak lagu baru tahun ini dan lagu lama masih kuat penangannya. Apa lagu Raya pilihan anda tahun ini?

CARTA LIMA LAGU RAYA
1. Selamat Berhari Raya-Rahimah Rahim
2. Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda-Hujan feat Raihan
3. Suasana Hari Raya- Anuar dan Ellina
4. Suara Takbir- Allahyarham Tan Sri P Ramlee
5. Hari Mulia- Datuk Sheila Majid

lagu lain yang saya minat juga tahun ni: Menjelang Hari Raya (Datuk DJ Dave), Raya Oh Yeah! (Yuna), Hari Hari, Hari Raya (Ana Rafali)

Tuesday, September 7, 2010

hari hari TERAKHIR RAMADAN

TAK keterlaluan kalau aku katakan Ramadan kali ini paling pantas. Dua tiga hari lagi nak raya. Dalam dalam kepantasan itulah, berbagai-bagai kejadian yang tak masuk akal berlaku, ironik sungguh jika dibandingkan fitrahnya Ramadan sebagai bulan membersihkan diri, meningkatkan ibadah dan melawan hawa nafsu. Yang berlaku pula sebaliknya.
Ya Allah, inikah ujian buat hamba-Mu?
Bermula dengan ribut di bazar Ramadan, kes buang bayi, kes bunuh, tuntutan segelintir pihak yang tak masuk akal belum masuk lagi kes khutbah Jumaat, tazkirah di masjid dan bila Aidilfitri menghampiri pula isu iklan raya di tv dan khabar angin raya awal. Allahuakbar!
Setiap orang ada pandangan tersendiri mengenai perkara di atas tetapi bak kata Man Bai: "Ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna, agar dapat kulalui dengan sempurna."
Ya, kita mengharapkan kesempurnaan untuk Ramadan dan mengharap dapat bertemu Ramadan tahun depan, Insya Allah.
Paling penting moga apa yang dipelajari ketika Ramadan, dapat diteruskan Syawal nanti. Ayuh, kita me'Ramadan'i Syawal ini.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN

Wednesday, September 1, 2010

HMM..

Cepatnya dah masuk September... dah dapat apa yang nak dicari?

CARTA LIMA OGOS

1. The Chosen One-Maher Zain
2. You Came To Me- Sami Yusof
3. Butterfly-Mariah Carey
4. Insya Allah-Maher Zain
5. Sungai Lui-Aizat

MERDEKA 2010!

MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!

Semalam ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-53. Hayatilah dengan hati penuh sedar, walaupun orang kata bukan mudah mendapat kemerdekaan tetapi itulah hakikatnya. Bayangkan kalau kita masih dijajah ketika ini, kau ingat boleh kita hidup selesa begini? Makan apa saja, pergi ke mana saja, buat apa yang diinginkan (rujuk MERDEKA,2009). Kepada yang 'rimas' dengan apa yang kita kecapi sekarang ini, fikirlah dengan akal waras bukan emosi. Yang jadi mangsa nanti bukannya kita saja tapi anak cucu kelak.

Sejak nafas pertama lagi
rasa itu sudah menadi
berdenyut dalam alir
darah mengisi segenap tubuh
makin lama makin kuat
seiring gagahnya langkah
meredah zaman mencabar
dan setiap kali
angka dan tarikh itu tiba
tiga satu
lapan
seribu sembilan ratus lima puluh tujuh
berkibarlah bendera
di dalam hati
cantiknya
semangat merah putih biru kuning
berpadu dalam bangga
dan cinta
aku anak Malaysia.

Kuala Lumpur,1 September 2010

p/s: Dengar lagu Bapak, nyanyian Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Sebak...