Thursday, February 24, 2011

GEDUNG

ah, kalaulah aku berumah di sini
dengan segala-galanya percuma
nescaya akulah yang paling bahagia
menyarung jenama terkini
makan makanan terenak
menyertai kelompok terhebat
konon itulah syurga

tetapi itulah hakikatnya
di gedung serba megah ini
berjalan dari pintu ke pintu
semuanya menjanjikan bahagia
dan kepuasan sementara
yang bukan percuma

di balik cerita dan tawa
mereka yang sempuna
sebenarnya terlalu hina
mengemis dan meminta
puji dan mulia manusia

Thursday, February 17, 2011

SEJAUH ini

SUDAH sejauh ini aku berjalan dan masih banyak yang perlu kutempuhi. Cuma aku tak pasti apa akan terjadi selepas ini dan kuharap ia berakhir dengan kebahagiaan, bukan penyesalan.
Banyak berfikir mengenai kekurangan diri kebelakangan ini dan cuba atasi satu persatu. Masa tak panjang lagi, moga tak membazir waktu lagi...

Insya Allah... ada jalannya.

Friday, February 11, 2011

RENUNGAN...

MASA khutbah Jumaat tadi, tetiba khatib selitkan satu anekdot:

Seorang tok guru kelihatan menangis bersendirian. Anak muridnya menghampiri lalu bertanya,'Mengapa tuan guru menangis?' Jawabnya, 'Aku menangis kerana aku kini seorang guru dan tiada siapa akan menegur aku. Sebelum ini aku sentiasa menegur jika wujud sesuatu kesalahan tetapi aku bimbang, aku akan terus hidup dengan kesalahan dan tiada siapa yang akan berani menegur aku.

Renung-renungkanlah...