Monday, January 31, 2011

AKHIR Januari

KISAH kita berakhir di Januari... diam tak diam, Januari pun dah sampai ke penghujung. Apa rasanya ye. Masa berlalu begitu pantas. Kalau tak buat apa-apa mesti ketinggalan. Ketinggalan.. ya. Itulah aku rasa ketika ini, makin lama banyak yang nak dikejar. Orang lain sudah ke mana, kau masih menganyam mimpi. Aku harap masih mampu buat pecutan untuk berada setanding yang lain. Lebih baik juga kalau dapat memintas..Insya Allah

CARTA LIMA JANUARI
1. Sedetik Lebih-Anuar Zain
2. Firework-Katy Perry
3. Menyesal-6ixth Sense
4. Kotarayaku- Altimet feat Noh Hujan
5. Speak Now-Taylor Swift

CARTA LIMA SUKAN JANUARI
1. Misbun letak jawatan jurulatih badminton
2. Team Harimau Malaya dapat RM65,000 seorang
3. Isu pusat latihan olahraga di Ranau
4. Bola sepak, hoki, menembak masuk program Road To London 2012
5. Isu kontrak Arivalagan sebagai jurulatih karate

Saturday, January 29, 2011

bye-bye WIZARD?

INI isu pertama Wizard, majalah yang ceritakan semua perkembangan mengenai komik terutama di Amerika. Aku tak ada yang ni. Seingat aku, aku mula ikut magazine ni pun sekitar tahun 1998 kot. Itupun tak le beli sangat. Daripada tebal jadi nipis dan sekarang katanya nak tutup dah.
Tak sampai pun 20 tahun..huhuhu

Friday, January 21, 2011

sehari SEBELUM...

Apa yang agaknya kita fikirkan, sehari sebelum usia kita bertukar angka?
1. Siapa aku?
2. Apa aku buat sekarang?
3. Di mana aku berada sekarang?
4. Sudah berjayakah aku atau sekadar biasa-biasa saja?
5. Ke mana haluan selepas ini?
6. Bagaimana harus kubimbing mereka di dalam jagaanku?
7. Sudah cukupkah semuanya?

Ya, senarai itu akan menjadi bertambah-tambah panjang tetapi sekurang-kurangnya otak sudah mula berfikir. Berfikir mengenai hidup dan kehidupan. Jadi jawab soalan-soalan itu dengan tindakan dan bukan dengan alasan.
Moga impian esok tidak sekadar angan-angan. Semalam bukan untuk ditangiskan. Hari ini juga kita usahakan.

Monday, January 3, 2011

dah TAHUN BARU rupanya..

ALAMAK, saya sibuk sangat la beberapa bulan ni. Baru je ada masa nak update blog ni. Rupa-rupanya dah tahun baru 2011. Kejap ke kan. Anyway tahun bertambah, umur pun dah meningkat. Moga kita lebih matang mengharungi hidup dan lebih jelas dengan matlamat yang ingin dicapai. Tak boleh main-main lagi dah.
Alang-alang dah mula ni, masuk masukkan 10 lagu/penyanyi 2010 (patutnya buat tahun lepas). Lagu yang bukan hanya sedap didengar tetapi ada pengertian tersendiri dalam hidup saya...

1. Insya Allah/Thank You Allah/Always Be There-Maher Zain
2. If We Ever Meet Again- Timbaland feat Katy Perry
3. Nadiku-Sabhi Saddi
4. Hanyut/Selamat Malam-Faizal Tahir
5. Bukan Cinta Biasa-Afgan
6. Fireflies-Owl City
7. Ku Berjanji Karna Cinta-Anuar Zain
8. Sungai Lui-Aizat
9. DJ Got Us Falling In Love/OMG-Usher
10. Kalau Berpacaran-Suhaimi Mior Hassan, Ana Rafalli, Altimet

Ok, jumpa lagi...