Monday, November 30, 2009

sakit POWUTTT

SALAM AIDILADHA....

Tau je la musim Raya Korban ni, banyak betul kenduri tak termasuk juadah raya yang penuh dengan rempah ratusnya.
Kat rumah mak andak aku, ada kenduri khatan sepupu aku. Kesian pulak tengok dia tak dapat makan, lauk sedap-sedap pulak tu. Kari kambing, sambal ikan sembilang, acar sayur dan ikan puyu, gulai tempoyak, cencaluk, ikan goreng, lepat ubi dengan air sirap limau. Rambang mata dibuatnya.
Akibatnya aku pulak yang merana esoknya. Sakit perut. Adeh...
Lepas tu nak kena drive balik KL ikut jalan lama sebab highway jam, aku pulak tak berapa familiar jalan tu sebab sebelum ni orang drive, aku buat-buat tido je. Nasib baik berjaya sampai KL tiga jam kemudiannya. (sambil tahan sakit perut ni). Adeh...


Lagu fav untuk Nov: Always Be My Baby-David Cook/Falling For You-Colbie Callait/Cerita Kedai Kopi-Malique feat Salam/Nur Kasih-Yassin/Bukan Gempak-Adam

Thursday, November 26, 2009

ICU

INI betul-betul lawak.
Pagi semalam aku ada tugas kat HKL. Ada timbalan menteri nak datang melawat seorang ahli sukan kat ICU.
Aku pun dah lama gila tak pegi HKL, lupa pulak ICU tu kat mana. Jadi aku pun call la seorang member ni kalau-kalau dia tahu. Tahu apa jawapannya?
"Kau pergi berdiri tengah jalan, tunggu sampai kereta langgar engkau lepas tu ambulan akan bawak ke ICU."
Aku tak boleh nak tahan gelak.

Wednesday, November 18, 2009

BACALAH lagi....

bersambung dari cerita hari tu...

BELUM pun sempat dia keluar, ada seorang perempuan muda menghampirinya.
"Kalau awak nak duit saya boleh pinjamkan."
Terkejut betul dia. Siapa pula perempuan ini, tiba-tiba je muncul. Lepas tu nak bagi pinjam duit pula.
"Alah, RM15 tu bukannya banyak. Lain kali bayarlah...Saya ikhlas. Dari tadi saya tengok awak asyik belek kain ini."
Dia sudah kematian kata-kata bila duit RM10 dan RM5 itu berada di tangannya.
"Habis, bila saya nak bayar kat awak. Saya tak kenal awak pun?"
"Nanti nenek saya datang rumah awak. Dia pun tinggal dekat kampung awak juga."
Dia segera mengucapkan terima kasih kepada wanita misteri itu dan kain itu sudah menjadi miliknya. Dapat juga kain ini, bisiknya.
Malam itu tak tahulah mengapa dia terasa pelik sangat. Dia cuba tidur tapi sukar melelapkan mata dan dalam keadaan tidur dengan jaga dia terdengar suara sayup sayup dari luar rumah.
"Mana duitnya."
"Mana duitnya."
Siapa pula yang datang ke rumah malam-malam buta ini. Minta duit pula tu. Takkanlah...
Dia nak bangun malas pula. Mungkin perasaan dia saja.
Dia pekup telinga dengan bantal, cuba tidur walaupun suara itu macam terdengar-dengar saja.
Malam esok pun suara sama kedengaran. Lusa juga.
Pagi esoknya sewaktu ke pejabat, seorang lelaki yang bekerja sebagai jaga di kampung itu menegurnya dan memberitahu ada terlihat benda putih, mengelilingi rumahnya beberapa kali malam tadi ketika balik dari bekerja malam.
Mukanya jadi pucat.
Nenek itu....?

Friday, November 13, 2009

BACA jangan tak baca...

HARI minggu. Cadangnya nak keluar, beli kain untuk emak. Dua tiga hari lagi dia hendak balik kampung, dan kain itu mahu dijadikan buah tangan untuk emaknya. Harap-harap dia suka, fikirnya.
Selepas sarapan dan perasaannya agak tenang, dia pun keluar rumah dan menuju ke pekan. Bukannya jauh pun, dalam lima kilometer je. Ini satu-satunya pekan yang terdekat. Nak ke bandar, malas pula.
Sampai di pekan, dia menghentikan kereta dan mencari-cari kain yang diingininya. Ada beberapa kedai yang menjual kain dan pakaian di sini, cantik-cantik belaka. Rambang mata pula dibuatnya, semuanya cantik, semuanya dia berkenan.
Akhirnya, selepas berjalan dari satu kedai ke satu kedai dia terlihat kain yang diigininya. Warna merah dan hitam dengan corak awan larat (dia bukannya tahu apa motif corak kain itu, yang penting cantik).
Sesuai benar, katanya.
"Berapa ni kak," dia menunjukkan minat terhadap kain yang kini di tangannya.
"Tak mahal, RM75 je," katanya.
Dia pun tidak lengah lagi, keluarkan wang dari dompetnya. Ada RM60 je.
Pelik, keluhnya. Tadi rasanya ada RM100. Takkan tinggal RM60 je. Siapa yang kebas ni, dia mula resah. Nak kata dia beli apa-apa untuk sarapan pagi tadi, dia hanya makan roti yang dibeli dua hari lalu. Dia masih ingat, baki di dompet memang ada RM100.
"Maaf ye kak. Boleh kurang? Saya ada RM60 je," dia meminta simpati, mana tahu tuan kedai akan tawar hati, mahu kurangkan harga.
"Tak boleh. Itu dah paling kurang," balas tuan kedai.
"Bolehlah.."
"Tak boleh la dik. Ini dah paling kurang. Stok baru ni."
Malas nak bertengkar, dia kemudian memberitahu mahu ke bank. Keluarkan duit janji dapat kain tu. Lagipun hari itu hari minggu. Kedai tutup sekerat hari.

....bersambung

Tuesday, November 10, 2009

SETAHUN sudah

DIAM tak diam, dah setahun usia blog ni. Sebenarnya 8hb hari itu. Tapi aku bercuti pula, tak ada masa nak update blog ni. Sesuatu yang menarik berlaku dalam hidup. Alhamdulillah.
Ok. Jadi apa yang dicapai sepanjang setahun ini? Best ke blog ini? Tercapai ke objektif lahirnya blog ini? Objektif? Besar maknanya tu. Sebenarnya aku pun ada terfikir mengenainya masa awal-awal dulu. Nak buat inilah, itulah. Macam2 nak buat (macam lah ada orang baca blog ni).
Tapi aku puas hati jugalah sebab beberapa entry nampaknya terus konsisten antaranya:
1. puisi
2. komik lama
3. carta lagu (entahapahapantah)
4. apa2 yang aku rasa nak masukkan...

Tak mengapalah. Aku rasa ini pun dah ok.
Yang penting tahu apa yang kita cakap, bukan terikut2 orang...hahaha

p/s lagu fav bulan Oktober : With Arms Wide Open-Creed/21 Guns-Green Day/Masih Jelas-Hafiz/Nur Kasih-Yassin/You Make It Real-James Morrison