Wednesday, December 31, 2008

Munajat TAHUN BARU

Tuhan
lembutkan hati hamba-Mu
untuk terus mendekati-Mu
kerana kehidupan melekakanku
daripada mencari tujuan hidupku

Tuhan
berkatilah rezeki yang Kau beri
untuk kumanfaatkan dijalan bakti
biar sedikit tapi diredhai
daripada banyak tapi tak bererti

Tuhan
berikan kekuatan iman
dalam menempuh kehidupan
agar tidak hilang pertimbangan
meredah badai berpanjangan

Tuesday, December 30, 2008

carta LAGU pilhan AKU

Lagu Melayu

1. Pagi Yang Gelap-Hujan
2008 adalah tahun kebangkitan muzik indie dan Hujan menerajui kegilaan itu di Malaysia. Dimulakan dengan lagu ini, Hujan terus lebat di Malaysia dengan lagu lain seperti Bila Aku Sudah Tiada, Aku Skandal, Dugaannya etc. Check-check, Rock-rock!
2. Hanya Kau Yang Mampu-Aizat
Rasanya lagu ini paling mendapat tempat hingga dikhabarkan menjadi caller ringtone paling hit tahun ini. Beberapa lagu lain juga mendapat tempat menjadikan Percubaan Pertama nya tidak gagal.
3. Dingin-Ziana Zain
Ziana kembali unggul sebagai ratu balada dengan lagu berhantu ini. Kekuatan vokalnya begitu terserlah!
4. Bila Nak Saksi-Spider
Lagu ini kebetulan popular waktu Loloq meninggal dunia. Muzik dan liriknya begitu tersendiri, membuktikan sumbangan arwah begitu besar dalam muzik tempatan.
5. Warkah-Bau
Lagu latar terbaik untuk sebuah drama tempatan tahun ini yang aku fikir terbaik, Sindarella. Lagu sedih untuk menghidupkan momen sedih dalam drama yang aku sifatkan begitu menghiburkan dan kelakar!

Lagu Inggeris
1. Lucky-Jason Mraz & Colbie Callait
A wonderful duet from two talented artists this year. I'm not really hooked at this song until I saw the fan video using Disney characters in YouTube. Hmm...talking about visual effects.
2. Don't Stop The Music-Rihanna
Can't stop thinking about the beat either Probably the best dance song this year ever
3. With You-Chris Brown
Her boyfriend also making impact with one nice song. Nice dancemoves too..
4. What About Now-Daughtry
Anything with Daughtry works well with me. This American Idol graduate is making waves now and the videoclip is very meaningful, looking at the life we're facing now.
5. Bye-bye-Mariah Carey
A song that reminds me of the love ones that passed away on the recent years. We'll never say goodbye. Alfatihah


Lagu Indonesia
1. Ayat-ayat Cinta-Rossa
Katalah apa saja mengenai buku dalm filemnya tetapi lagu yang menggunakan tajuk sama benar-benar mengesankan.
2. Dia Milikku-Yuvie&Nuno
Lagu mengenai 'berebut cewek' dengan arrangement muzik yang bagus dari kumpulan yang menghadirkan hits dalam album sama: Menjaga Hati, Ku Tak Suka Lagu Ini, Janji Suci. Hebat!
3. Terima Kasih Cinta-Afgan
Artis yang menghasilkan kejutan dan menjadi kegilaan di kalangan cewek-cewek Indon dan Malaysia juga. Lagu religi (agama) Pada-Mu ku Bersujud juga tidak kurang menusuk jiwa.
4.Cinta Ini Membunuhku-D'Masiv
Lagu 'cinta lara' dari band yang menonjol di kalangan band yang berlambak di Indonesia ketika ini (baca Dewa19, Gigi, Ungu, Peterpan, Titans etc). Lagu seperti ini dilihat senjata ampuh menarik peminat muzik
5. Matahariku-Agnes Monica
Lagu balada yang cukup meruntun dari penyanyi dan pelakon berkulit putih (kegemaran cowok-cowok di kantorku juga).

Hmm, ini cuma pandangan peribadi mengenai lagu-lagu yang menarik tahun ini. Banyak lagi lagu yang pada pandanganku menarik tapi tak tersenarai. Kalau anda tak suka tak mengapa, jangan marah... carta ini untuk suka-suka saja. Namanyapun Carta Lagu Pilihan Aku. Ciao!

Sunday, December 28, 2008

tak SERUPA tapi SAMA

Malam minggu. Tak ada apa la nak buat jadi aku tengok drama ni. Drama sempena Maal Hijrah kot. Tak Serupa Tapi Sama. Pelakonnya Fasha Sandha, Fizz Fairuz, Ahmad Tarmimi Siregar dengan Abu Bakar Juah.
Cerita mengenai seorang wartawan tv popular, Belinda yang keluarganya suka buat kebajikan, hidup bahagia tetapi cara hidup memang western habis. Minum, bawak lelaki masuk rumah etc. asal tak kacau orang sudahlah, katanya. Di rumahnya pula tinggal seorang budak alim, Nusri boleh kata anak buah kepada bapa di Belinda ni (sebab bapa Belinda dan mak Nusri ni adik beradik angkat).
Si Nusri ni memang tak berkenan dengan cara hidup Belinda sekeluarga ni terutama bapa si Belinda ni. Maksiat, katanya. Tapi alim-alim Nusri ni bukannya boleh pakai sangat: kerja bertangguh, suka melawan, kuat meludah pulak tu. Bila bapa Belinda dapat tahu dikutuknya budak tu habis-habis.
Sampailah satu hari, si Belinda ni nak buat liputan kat kampung dan dia pilih kampung Nusri. Di sana rupa-rupanya bapa dan adik si Nusri tak berkenan langsung dengan Belinda ni sebab tak pakai tudung, ada tatoo kat kaki pulak tu. Bap Nusri ni kerjanya asyik nak menengking je, katanya semua orang bodoh, tak betul, isterinya pun tak terkecuali jadi mangsa.
Belinda tak tahan dengan perangai bapa Nusri sampai kedua-duanya bertengkar. Nak dipendekkan cerita sesuatu berlaku dalam kedua-dua keluarga ini membuatkan mereka kembali ke pangkal jalan (hijrah).
Hmm, tak nak lah komen pasal cerita ni, bagus ke tidak cuma benda-benda macam ni membuat kita terfikir, kalau kita bagus layakkah kita untuk merendahkan orang lain. Sepatutnya kali kita bagus, bimbinglah orang yang tak bagus agar bagus seperti kita, bukannya mengutuk tak tentu pasal. Sebagai manusia semua ada kelemahan, sebab satu jari menunjuk empat jari balik ke diri sendiri. Kalau tak jadilah macam drama ni: Tak Serupa Tapi Sama. Fikir-fikirkanlah, Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430H.

Tuesday, December 23, 2008

SERAMBI ini



Serambi ini
tempat aku belajar mengaji
tempat bergasak dan bergusti

Serambi ini
asal parut bekal dewasa
jatuh dari tingkap dan tangga


Serambi ini
di sini tempat perbincangan
juga doa selamat dibacakan

Serambi ini
tempat melihat pengantin baru
tempat solat untuk yang pergi dulu

Serambi ini
lena tidurku di tengahari
atau malam bila rumah penuh diisi

Serambi ini
adalah segalanya bagi kami
sejarah kami ada di sini

Friday, December 12, 2008

TAMAK

Ingatkan benda-benda ini berlaku dalam drama swasta atau sinetron Indonesia yang selalu dihadap tiap-tiap hari. Tetapi itulah yang berlaku bila ada insan TAMAK dalam dunia ini. Habis semua hendak disapunya, tak kira apa perasaan orang lain. Sakit ke, parah ke. Dia peduli apa? Dia memang TAMAK.
Tak kiralah sama ada TAMAKkan harta, kuasa, peluang, tanah atau apa saja asalkan boleh dibawa bermegah dengan kawan-kawan. Kadang-kala yang diTAMAKkannya itu bukan apa sangat pun tapi kalau dah TAMAK, TAMAK juga namanya.
Tahu apa makna TAMAK? Takut Apa Milikku Akan Kehabisan. Jadi apa yang dilakukan ialah rampas apa yang jadi milik orang lain, walaupun sah bukan dia yang punya. Tak kiralah apa cara digunakan asalkan apa yang asalnya milik orang lain. Kadangkala sampai sebusuk bangkai nama orang yang difitnah, angkara orang TAMAK ini.
TAMAK tak mengenal usia, darjat, status, miskin, kaya...asal hatinya tak senang dengan kelebihan orang lain, topeng tu dah automatik tersarung di muka. Nak lebih jelas lagi tengoklah drama kat TV. Sanggup fitnah, aniaya malah keterlaluan bila ada yang sanggup membomoh, meracun dan membunuh kerana TAMAK.
Bukan tak ada nasihat, pengajaran semua ada depan mata. Cuma apa yang perlu dibuat, buka telinga dan hati. Dengar dan insafi. Tapi orang TAMAK dah tutup semua itu. Peduli apa, asal jadi milik aku nanti.
Kata pepatah: Orang tamak selalu rugi, bagai anjing dengan bayang-bayang. Tak payahlah doakan yang buruk-buruk. Cuma apa yang boleh dibuat ialah menunggu saat 'ruginya sang anjing'. Nak tepuk tangan? Terpulang..

Thursday, December 11, 2008

KOMIK lama 3


Superman/ Thundercats (2004)

Hmm...macam tak percaya kan ada komik ni. Kalau dah namanya komik, macam-macam boleh. Ini pun kalau tak silap masa industri komik sibuk dengan kebangkitan kartun tahun 70-80 an. Battle of the Planets la, Voltron, Thundercats, He-Man pun ada tau.
Dah, dah...nak cerita ni. Mumm-Ra baru je jumpa Orbs of Barrak (bunyi macam Barrack Obama kan) yang katanya boleh pindahkan orang ke mana saja mereka suka. Tiba-tiba datang seorang ahli sihir, Lantana Lin yang beritahu dia boleh ke bumi dengan benda tu dan dapatkan satu lagi Eye of Thundera kat sana. Apa lagi, Mumm-Ra dan gengnya yang tak habis-habis nak musnahkan Thundercats pun minta bantuan Lantana untuk merampas batu tu.
Tapi belum sempat buat apa-apa, Thundercats dapat tahu dan mereka sama-sama ditarik masuk ke portal yang diaktifkan Lantana.
Di bumi, geng Thundercats yang nampak blur berjumpa dengan Superman. Apa lagi, gaduhlah tapi selepas dapat tahu perkara sebenar barulah Superman tolong. Mereka pun berperang dengan Mumm-Ra dan Mutants untuk pastikan batu itu tak dapat dibawa pulang ke Third Earth. Seperti biasa, geng jahat mesti kalah punya kan.
Rupa-rupanya itu semua tipu helah Lantana nak dapatkan Orbs of Barrak tu. Dia bukannya ahli sihir pun tapi Mr Mxyztplk (musuh Superman) yang nak dapatkannya untuk memudahkan dia pergi ke dimensi lain. Hmm, Mumm-Ra kena tipu rupanya. Itulah, orang tamak selalu rugi...hehe

Tuesday, December 2, 2008

CELEBRITY!

this is a story of celebrity
living inside you and me
though all of us are nobody
living in a world that never be

wonder how it like to be celebrity
with all the glamour and money
you'll have a full page of publicity
and the editor will give you top priority

you join the rank of madonna and britney
or brad pitt and george clooney
you can have whatever you need
from strawberries or jewellery or room full of lilies

the attention is all you seek
strapped in Prada or even LV
the red carpet is for the world to see
inspirations for people like me

living in a mansion just as big as sea
a retreat for the entire family
but don't expect absolute privacy
for you're under mercy of papparazi

all of us want to be a celebrity
I know you too, don't lie to me
though all seems like duniawi
let's indulge in our lifetime fantasy

Monday, December 1, 2008

KOMIK lama 2

Uncanny X-Men 283 (1991)

Pernah terfikir tak bila celik mata, tiba-tiba berada di zaman Kesultanan Melaka atau paling tidak pun hidup zaman Jepun bagi yang muda remaja macam kita ni (remaja ke?). Mesti pelik kan.
Pelik bila dapat bersua muka dengan orang yang dianggap lagenda dan lagi pelik bila orang zaman tu pun tak percaya macam ni rupanya orang zaman akan datang.
Mesti ada yang keliru, siap tak boleh terima kenyataan lagi.
Hmm, inilah yang berlaku bila Bishop bersama dua rakannya Malcom dan Randall menjejak Trevor Fitzroy, mutant yang menyedut nyawa orang lain untuk membuka portal merentas masa. Pada masa sama juga X-Men di zaman ini, tengah memburu Fitzroy sebab hampir menyebabkan kematian Jean Grey.
Bila kedua-dua pihak ni bertemu, mulalah serba tak kena. Bishop tak percaya bila yang ada di depan matanya adalah Storm, Colossus, Iceman dan Archangel dari X-Men manakala pasukan mutant ni pun keliru bila ada orang lain pakai logo X padahal mereka tak kenal pun mamat ni.
Habis tu apa lagi, dua-dua pihak ni bergaduh. Si Fitzroy pula angkat kaki tapi tak lama sebab dia pun kena tangkap oleh geng Master Shinobi..haha

Thursday, November 27, 2008

ada BERANI?

Ada berani? Ha ha... saja je tanya. Bukan nak gertak atau nak takutkan sesiapa pun. Tak terfikirpun nak takutkan sesiapa.
Tetapi benarkah anda berani. Atau saja-saja mengaku berani tetapi sebenarnya penakut benar. Ada orang memang berani terhadap sesuatu perkara tetapi perkara lain dia tak sanggup buat.
Ada orang nampak badan besar, otot berketul ketul tapi takut lipas (tengok iklan hehe) tapi ada yang kecik tapi bila keberanian dia memang menakutkan orang lain. Lain orang lain ragam.
Tetapi dalam kehidupan, berani atau tidak cabaran, dugaan atau musibah sekalipun akan menanti di depan. Di sini kayu ukurnya, tidak kira sama ada kita bersedia atau tidak menghadapinya. Berani atau tidak melepasinya. Ada yang berani, sanggup meredah apa saja sebaliknya bagi yang takut akan mengalah dari awal.
Entahlah, tetapi 'quotation' dari sebuah filem ni yang kutonton malam tadi boleh dijadikan renungan;

"Keberanian bukan bermakna tiada ketakutan tetapi ia juga bermakna sanggup menempuhinya biarpun ada sedikit ketakutan.. (macam ni la lebih kurang)"

Friday, November 21, 2008

An ODE to LOST friendship?

Last day.
It's time to be apart. We shake hands, hugged each other. Tears flow, unconditionally. Everything seems very dull and sadness is all we shared at the moment. And then, the last words..
"Hope we will meet again, some day, some time... "
"Don't ever forget me. "
"Don't change. I like the way you are now."
"Friendship lasts forever."
"How I'm going to live without you."
"Goodbye.."
Ten or maybe 20 years later.
We meet again. Believe it or not, it's not as the same as before. You look different, and so is your friend. The truth is, we're all changed. Maybe it's just physical. But can you accept if the one you know really, really changed. They don't seem to know you anymore. Especially when it involves a conflict of interest. And the reunion turns sour. All you want to do now is to forget all those memories...damn
Friendship last forever? It may be lasting. But forever, we'll have to survive the test of time. As pepatah Melayu says; "Jauh di mata, dekat di hati". Heck, it may turn otherwise...
Are you ready for that?

p/s apalah aku merepek ni tapi ni sebagai renungan untuk yang akan tinggalkan alam sekolah. Good luck SPM!

Wednesday, November 19, 2008

KOMIK lama

X-Force 128 (2002)

BARU selongkar koleksi komik lama. Ini agak menarik (bertuah pun iya, sebab aku main pilih je) untuk dikongsi bersama.
Komik ni pada aku memang pelik. Bayangkan pada episod pengenalan dengan pasukan baru (mulai episod 116) , hanya dua ahli pasukan yang masih hidup dan kematian atau penggantian ahli baru tak ubah macam penyingkiran bintang realiti.
Nama ahli kumpulan juga pelik-pelik: Phat, Venus Dee Milo, U-Go Girl, Anarchist , El Guapo (sekadar beberapa nama).
Ok, terus ke isu komik kali ini yang menceritakan mengenai kematian. Siapa pun tak tahu bila akan mati dan bolehkah kita mengelakkannya. Itulah yang berlaku apabila pasukan ini tersadai di angkasa lepas dan U-Go Girl, The Orphan dan Anarchist terpaksa membaling dadu untuk memastikan dua daripada mereka boleh kembali ke kapal utama (seorang daripadanya harus mati).
Akhirnya U-Go Girl dan The Orphan terpilih hasil nombor dadu tertinggi, tetapi Anarchist kemudian diselamatkan memandangkan beberapa orang mati angkara Spike. Spike kemudiannya mengamuk lagi dan anggota X-Force cuba mempertahankan diri tetapi U-Go Girl tidak bernasib baik...
Bagaimanapun kematian U-Go Girl membawa haluan baru buat X-Force apabila dikenali sebagai X-Statix pada isu berikutnya. Sekian.

Friday, November 14, 2008

cerita RABU, KHAMIS, JUMAAT

pagi RABU
Sewaktu pergi ke Konvensyen Sukan, ada peserta mencadangkan agar kita belajar dari kemenangan atlit seperti Nicol David atau persatuan sukan yang berjaya. Katanya banyak yang boleh dipelajari daripada kejayaan seseorang daripada asyik memberi tumpuan kepada kegagalan.
Betul juga apa yang dikatakan tu, kalau asyik fokus pada kegagalan, bila nak berjaya? Apa-apa pun, MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

awal pagi KHAMIS
Balik dari pejabat, tak tahu nak buat apa. Cuma layan TV sebelum tidur. Tengok Rachel Ray. Bukannya apa, tertarik dengan statement 'fitness guru' ni yang jadi tamu show ini. Katanya, orang sekarang tak banyak bergerak macam orang dulu-dulu, pasal tu badan semua naik. Baik dari budak sampailah ke orang tua. Katanya, orang sekarang tak banyak buat aktiviti fizikal macam potong kayu (nak cari kayu, nak cari kayu) etc...
Sedangkan katanya, peratus terlebih makan yang dihadapi orang kita sekarang ni hanya 2-3 peratus je berbanding tahun 50-an dulu .Jadi sarannya, banyak-banyakkan berjalan...

tengah hari JUMAAT
Sewaktu khutbah Jumaat, khatib memetik pesan Lukmanul Hakim pasal ilmu...

Kalau kita berilmu dan pergi ke majlis ilmu:

1. Kalau kita sudah ada ilmu itu, maknanya ilmu kita berguna
2. Kalau kita jahil, kita akan mendapat ilmu baru
3. Kalau Allah berkati majlis itu, kita juga akan mendapat berkat

Tapi, kalau kita berilmu tapi pergi ke majlis yang sia-sia:

1. Kalau kita sudah ada ilmu itu, ia tidak akan membantu kita
2. Kalau kita jahil, makin jahillah kita
3. Kalau Allah melaknat majlis itu, kita juga akan mendapat laknat

Fikir-fikirkanlah....

"Kau tempatku meminta
Kau buatku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang selalu bertaubat .."

afgan- pada-Mu ku bersujud

Tuesday, November 11, 2008

tentang MARAH-MARAH

Ini cerita tentang marah-marah. Tak tahu la apa sebabnya kita boleh 'tersentap' (sentap? Ini mesti ada wayar yang putus) dengan apa yang berlaku di keliling kita. Lepas itu kita akan bengang semacam dan rasa nak nak belasah je (walaupun tak boleh, negara ni ada undang-undang ya).
Memang susah bila mula marah-marah. Benda kecil pun boleh jadi macam perang dunia. Tersiku sikit saja pun, dah naik angin. Mulut ringan je nak memaki, tangan dan kaki pun boleh juga.
Nampaknya bukan senang nak redakan rasa marah-marah ni, tambah pula kalau dari jenis cepat panas, lambat sejuk. Silap-silap boleh berhari hari. Hmm siapa pun tak suka kalau tengok muka monyok je, semuanya kerana marah-marah.
Sebaiknya, janganlah cakap apa-apa kalau marah-marah. Pernah terbaca satu kata-kata berbunyi begini: "Jangan bercakap bila sedang marah atau anda akan memberi satu ucapan yang paling disesali sepanjang hayat"
Mudah je kalau nak cuba nak hilangkan marah-marah ni. Selain ambil wuduk, solat (itu yang terbaik) apa yang boleh dibuat ialah tinggalkan tempat tu secepat mungkin. Lagi lama kita berada di situ lagi tak tenang hati. Tapi kalau marah-marahnya di rumah, janganlah sampai tak balik-balik.
Jangan marah-marah, nanti kena jual.

Saturday, November 8, 2008

SENJA di KAMPUNG

Ini kisah satu senja di petang raya, kami buat kenduri menyambut 1 Syawal (sekarang dah Zulkaedah pun) kat kampung. Cantik langit petang tu. Damainya...
Actually, ini waktu kegemaran aku kat kampung. Minum petang dan berbual-bual sementara nak tunggu maghrib. Ini yang nak buat aku selalu nak balik.

Kumulakan dengan Bismillah

Ini bukan cerita pasal 'keluarga 69' atau 'yin and yang' atau 'summer of 69'. Aku hanya suka nombor ini, itu saja. Mungkin itu caranya melihat dunia, penuh dengan pertentangan ...tapi seimbang. Just sit back, relax and enjoy...PERSEMBAHAN DARI HATI. Have fun!