tak SERUPA tapi SAMA

Malam minggu. Tak ada apa la nak buat jadi aku tengok drama ni. Drama sempena Maal Hijrah kot. Tak Serupa Tapi Sama. Pelakonnya Fasha Sandha, Fizz Fairuz, Ahmad Tarmimi Siregar dengan Abu Bakar Juah.
Cerita mengenai seorang wartawan tv popular, Belinda yang keluarganya suka buat kebajikan, hidup bahagia tetapi cara hidup memang western habis. Minum, bawak lelaki masuk rumah etc. asal tak kacau orang sudahlah, katanya. Di rumahnya pula tinggal seorang budak alim, Nusri boleh kata anak buah kepada bapa di Belinda ni (sebab bapa Belinda dan mak Nusri ni adik beradik angkat).
Si Nusri ni memang tak berkenan dengan cara hidup Belinda sekeluarga ni terutama bapa si Belinda ni. Maksiat, katanya. Tapi alim-alim Nusri ni bukannya boleh pakai sangat: kerja bertangguh, suka melawan, kuat meludah pulak tu. Bila bapa Belinda dapat tahu dikutuknya budak tu habis-habis.
Sampailah satu hari, si Belinda ni nak buat liputan kat kampung dan dia pilih kampung Nusri. Di sana rupa-rupanya bapa dan adik si Nusri tak berkenan langsung dengan Belinda ni sebab tak pakai tudung, ada tatoo kat kaki pulak tu. Bap Nusri ni kerjanya asyik nak menengking je, katanya semua orang bodoh, tak betul, isterinya pun tak terkecuali jadi mangsa.
Belinda tak tahan dengan perangai bapa Nusri sampai kedua-duanya bertengkar. Nak dipendekkan cerita sesuatu berlaku dalam kedua-dua keluarga ini membuatkan mereka kembali ke pangkal jalan (hijrah).
Hmm, tak nak lah komen pasal cerita ni, bagus ke tidak cuma benda-benda macam ni membuat kita terfikir, kalau kita bagus layakkah kita untuk merendahkan orang lain. Sepatutnya kali kita bagus, bimbinglah orang yang tak bagus agar bagus seperti kita, bukannya mengutuk tak tentu pasal. Sebagai manusia semua ada kelemahan, sebab satu jari menunjuk empat jari balik ke diri sendiri. Kalau tak jadilah macam drama ni: Tak Serupa Tapi Sama. Fikir-fikirkanlah, Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430H.

Comments

Popular Posts