Monday, October 18, 2010

PARKIR hospital

lelah sudah berkitar-kitar di sini
terasa kesabaranku menyusut sudah
mencari ruang kosong
atau yang mula dikosongkan
sedang yang lain juga
menyimpan angan yang sama

terkadang ketika beginilah
bila sabar pun menipis
mata pun tak dapat lagi membaca
masuk saja walaupun dilarang
memintas sewenang-wenang
wajah dipanggang marah
masa pun terbuang sudah

nyata jiwaku perlu rawatan kecemasan
sabarku hilang warasku bertaburan...

Cheras, 14 Oktober 2010

Thursday, October 14, 2010

TRIBUTE...

Sukan Komanwel 2010 pun dah melabuhkan tirainya. Debaran pun berakhir. Sasaran 10 emas sudah dilepasi. Tahniah!Tahniah!Tahniah!
1. Amirul Hamizan Ibrahim -angkat berat 56kg
2. Arrico Jumith -angkat berat 69kg
3. Josiah Ng- lumba basikal kierin
4. Datuk Nicol David -squasy perseorangan wanita
5. Pasukan Badminton Kebangsaan
6. Nur Ayuni Farhana Abdul Halim-Nur Suryani Mohd Taibi -10m raifal
7. Pandelela Rinong -terjun 10m platform
8. Bibiana Ng -pistol 25m individu
9. Datuk Lee Chong Wei -badminton perseorangan lelaki
10. Elaine Koon -gimrama (gelung)
11. Koo Kien Kiat-Chin Ee Hui -badminton beregu campuran
12. Koo Kien Kiat-Tan Boon Heong -badminton beregu lelaki

Yang menang pingat perak dan gangsa juga, good job!

Tuesday, October 5, 2010

KOMIK lama 2010

ULTIMATE X-MEN#94 (2008)

PERGH.. lama betul tak buat KOMIK LAMA. Rasanya ini yang pertama sepanjang tahun 2010. Selepas pelbagai hambatan, rintangan dan alasan, akhirnya aku kembali lagi dengan reviu komik. Maafkan aku ye.
Kali ini kita cerita tentang Colossus (gambar). X-Men yang mempunyai tubuh keluli organik yang boleh bertukar bila-bila perlu.
Tetapi aku tak suka Colossus versi yang ini. Mengapa? Bacalah sendiri.
Ceritanya:ketika X-Men tengah asyik main besbol di mansion mereka, tiba-tiba diserang sekumpulan superhero dari Kanada menggelarkan mereka Alpha Flight (terdiri daripada Vindicator, Aurora, Snowbird, Shaman, Sasquatch, Sunfire dan Jubilee) datang untuk mendapatkan Northstar, kembar Aurora yang lari daripada Department H.
Ketika bertarung, Colossus cuba nak selamatkan Northstar tetapi gagal.
Dari situ timbul kisah mengenai dadah Banshee yang digunakan kumpulan mutan ini untuk meningkatkan kuasa mereka, kemudian Jean Grey dapat tahu yang Colossus juga guna dadah ini dan berlaku pergaduhan kerana Colossus mendakwa, Jean menceroboh mindanya.
Nak tahu apa terjadi lepas itu? Bacalah sendiri, kerana aku tak suka Colossus versi ini.

Friday, October 1, 2010

MENDUNG lagi?

SEMINGGU dua ini rasa agak tak menentu. Banyak kejadian yang menduga diri hingga kadangkala memaksa hati merajuk. Tapi siapalah yang tahu. Cuma aku harap segalanya akan reda, namun tetap kuhadapinya dengan terbuka.

CARTA LIMA SEPTEMBER:
1. Hanyut-Faizal Tahir
2. Tiba-Shahir, Faizal Tahir, Faizal Ismail
3. Hanya Kerana Cinta-Aril, Hafiz, Ayu, Tini, Anne
4. Insya Allah-Maher Zain
5. My Immortal-Evanescence