Thursday, December 31, 2009

MELANGSAI 2009

DALAM tempoh beberapa hari ini, aku sedang sibuk dengan projek MELANGSAI 2009. Apa tu? Ia cuma perkara-perkara kecil yang perlu aku buat sebelum menjelang 2010. Aku tak la letakkan tekanan untuk siapkan semua tugas tu tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti dirancang. Sekurang-kurangnya 10 tugas aku dah buat antaranya:
1.bayar bil
2.selesaikan tugas di ofis
3. beli barang keperluan
4. servis kereta
5. save the day (of course)

Akhirnya 2009 pun berakhir. Atau boleh kata sedekad sudah berlalu. Banyak yang aku alami, lalui, pelajari yang akhirnya mematangkan aku, membentuk siapa aku sekarang. Tidak dinafikan 2009 cukup menguji perasaan, sejauh mana ketahanan menghadapi pelbagai duga (lihat saja post '10 lagu 2009'). Tapi orang kata, Tuhan berikan ribut dan petir kerana ia mahu hadiahkan kita dengan pelangi.
Selamat tinggal 2009. Selamat tinggal dekad pertama millenium. Selamat datang ke 2010. Aku akan teruskan kembara ini.

KEEP THE FAITH, STAY SANE AND KEEP ON MOVING...

Monday, December 28, 2009

10 lagu 2009

10 lagu yang aku anggap beri pengaruh dalam hidup aku sepanjang 2009:

1. The Climb-Miley Cyrus
2. I Gotta Feeling- Black Eyed Peas
3.Broken Strings-James Morrison feat Nelly Furtado
4. Selamat Ulang Tahun Sayang-Imran Ajmain
5. Mad-Ne-Yo
6. Demi Cinta-Kerispatih
7. Pergi-Aizat
8. Mencari Konklusi-Hujan
9. 21 Guns- Green Day
10. I Hate This Part-Pussycat Dolls

Itu lagu pilihan aku. Apa pilihan anda pula?
Selamat menempuh hari-hari terakhir 2009

Monday, December 21, 2009

MUHASABAH (part 1 agaknya)

APA nak cakap ya? Dah masuk hujung tahun. Lagi beberapa hari nak masuk tahun baru. Cepat je kan? Baru je lepas Maal Hijrah (yang aku sambut depan TV sambil tengok final bola Sukan Sea. Nasib baik menang) dan lepas ini tahun baru Masehi pulak.
Hmm...
Apa je aku dah capai sepanjang tahun ini? Ada tapi tak perlu le heboh-heboh kat sini. Biarlah aku simpan dalam hati je. Sebab ada yang aku nak masih belum dapat.
Tapi apa ya?
Susah nak cakap tapi kalau diingatkan memang boleh melukakan hati (sampai macam tu sekali).
Tak mengapalah. Lebih baik reda dengan apa yang ada daripada asyik memikirkan benda yang tak ada. Tapi itu bukan alasan untuk cuba dapatkan apa yang kita tak dapatkan lagi.
Mungkin belum rezeki agaknya....

Monday, December 7, 2009

GEMURUH!

"GEMURUH jiwa semangat membara, dari puncak ingin ke angkasa, berkalungkan bintang berkerlipan, menyerlah jauh dari yang biasa..."

Cubalah nyanyi lagu ni ramai-ramai waktu kem bina semangat ke atau yang sewaktu dengannya. Dia punya feel...wooh...naik bulu roma! Semangat naik tiba-tiba.
Itu yang aku rasa masa dengar atlit negara nyanyi lagu ni waktu perhimpunan sebelum pergi ke Sea Games, Laos.
Memang lagu Faizal Tahir ini berjaya memberi motivasi...
Itu sebelum mereka nyanyi lagu barunya, Malaysia Satu. Pun dengan kesan yang sama...

"GENGGAMLAH tanganku semangatmu terus membara..."

Faizal Tahir.Saya respek kamu.

Monday, November 30, 2009

sakit POWUTTT

SALAM AIDILADHA....

Tau je la musim Raya Korban ni, banyak betul kenduri tak termasuk juadah raya yang penuh dengan rempah ratusnya.
Kat rumah mak andak aku, ada kenduri khatan sepupu aku. Kesian pulak tengok dia tak dapat makan, lauk sedap-sedap pulak tu. Kari kambing, sambal ikan sembilang, acar sayur dan ikan puyu, gulai tempoyak, cencaluk, ikan goreng, lepat ubi dengan air sirap limau. Rambang mata dibuatnya.
Akibatnya aku pulak yang merana esoknya. Sakit perut. Adeh...
Lepas tu nak kena drive balik KL ikut jalan lama sebab highway jam, aku pulak tak berapa familiar jalan tu sebab sebelum ni orang drive, aku buat-buat tido je. Nasib baik berjaya sampai KL tiga jam kemudiannya. (sambil tahan sakit perut ni). Adeh...


Lagu fav untuk Nov: Always Be My Baby-David Cook/Falling For You-Colbie Callait/Cerita Kedai Kopi-Malique feat Salam/Nur Kasih-Yassin/Bukan Gempak-Adam

Thursday, November 26, 2009

ICU

INI betul-betul lawak.
Pagi semalam aku ada tugas kat HKL. Ada timbalan menteri nak datang melawat seorang ahli sukan kat ICU.
Aku pun dah lama gila tak pegi HKL, lupa pulak ICU tu kat mana. Jadi aku pun call la seorang member ni kalau-kalau dia tahu. Tahu apa jawapannya?
"Kau pergi berdiri tengah jalan, tunggu sampai kereta langgar engkau lepas tu ambulan akan bawak ke ICU."
Aku tak boleh nak tahan gelak.

Wednesday, November 18, 2009

BACALAH lagi....

bersambung dari cerita hari tu...

BELUM pun sempat dia keluar, ada seorang perempuan muda menghampirinya.
"Kalau awak nak duit saya boleh pinjamkan."
Terkejut betul dia. Siapa pula perempuan ini, tiba-tiba je muncul. Lepas tu nak bagi pinjam duit pula.
"Alah, RM15 tu bukannya banyak. Lain kali bayarlah...Saya ikhlas. Dari tadi saya tengok awak asyik belek kain ini."
Dia sudah kematian kata-kata bila duit RM10 dan RM5 itu berada di tangannya.
"Habis, bila saya nak bayar kat awak. Saya tak kenal awak pun?"
"Nanti nenek saya datang rumah awak. Dia pun tinggal dekat kampung awak juga."
Dia segera mengucapkan terima kasih kepada wanita misteri itu dan kain itu sudah menjadi miliknya. Dapat juga kain ini, bisiknya.
Malam itu tak tahulah mengapa dia terasa pelik sangat. Dia cuba tidur tapi sukar melelapkan mata dan dalam keadaan tidur dengan jaga dia terdengar suara sayup sayup dari luar rumah.
"Mana duitnya."
"Mana duitnya."
Siapa pula yang datang ke rumah malam-malam buta ini. Minta duit pula tu. Takkanlah...
Dia nak bangun malas pula. Mungkin perasaan dia saja.
Dia pekup telinga dengan bantal, cuba tidur walaupun suara itu macam terdengar-dengar saja.
Malam esok pun suara sama kedengaran. Lusa juga.
Pagi esoknya sewaktu ke pejabat, seorang lelaki yang bekerja sebagai jaga di kampung itu menegurnya dan memberitahu ada terlihat benda putih, mengelilingi rumahnya beberapa kali malam tadi ketika balik dari bekerja malam.
Mukanya jadi pucat.
Nenek itu....?

Friday, November 13, 2009

BACA jangan tak baca...

HARI minggu. Cadangnya nak keluar, beli kain untuk emak. Dua tiga hari lagi dia hendak balik kampung, dan kain itu mahu dijadikan buah tangan untuk emaknya. Harap-harap dia suka, fikirnya.
Selepas sarapan dan perasaannya agak tenang, dia pun keluar rumah dan menuju ke pekan. Bukannya jauh pun, dalam lima kilometer je. Ini satu-satunya pekan yang terdekat. Nak ke bandar, malas pula.
Sampai di pekan, dia menghentikan kereta dan mencari-cari kain yang diingininya. Ada beberapa kedai yang menjual kain dan pakaian di sini, cantik-cantik belaka. Rambang mata pula dibuatnya, semuanya cantik, semuanya dia berkenan.
Akhirnya, selepas berjalan dari satu kedai ke satu kedai dia terlihat kain yang diigininya. Warna merah dan hitam dengan corak awan larat (dia bukannya tahu apa motif corak kain itu, yang penting cantik).
Sesuai benar, katanya.
"Berapa ni kak," dia menunjukkan minat terhadap kain yang kini di tangannya.
"Tak mahal, RM75 je," katanya.
Dia pun tidak lengah lagi, keluarkan wang dari dompetnya. Ada RM60 je.
Pelik, keluhnya. Tadi rasanya ada RM100. Takkan tinggal RM60 je. Siapa yang kebas ni, dia mula resah. Nak kata dia beli apa-apa untuk sarapan pagi tadi, dia hanya makan roti yang dibeli dua hari lalu. Dia masih ingat, baki di dompet memang ada RM100.
"Maaf ye kak. Boleh kurang? Saya ada RM60 je," dia meminta simpati, mana tahu tuan kedai akan tawar hati, mahu kurangkan harga.
"Tak boleh. Itu dah paling kurang," balas tuan kedai.
"Bolehlah.."
"Tak boleh la dik. Ini dah paling kurang. Stok baru ni."
Malas nak bertengkar, dia kemudian memberitahu mahu ke bank. Keluarkan duit janji dapat kain tu. Lagipun hari itu hari minggu. Kedai tutup sekerat hari.

....bersambung

Tuesday, November 10, 2009

SETAHUN sudah

DIAM tak diam, dah setahun usia blog ni. Sebenarnya 8hb hari itu. Tapi aku bercuti pula, tak ada masa nak update blog ni. Sesuatu yang menarik berlaku dalam hidup. Alhamdulillah.
Ok. Jadi apa yang dicapai sepanjang setahun ini? Best ke blog ini? Tercapai ke objektif lahirnya blog ini? Objektif? Besar maknanya tu. Sebenarnya aku pun ada terfikir mengenainya masa awal-awal dulu. Nak buat inilah, itulah. Macam2 nak buat (macam lah ada orang baca blog ni).
Tapi aku puas hati jugalah sebab beberapa entry nampaknya terus konsisten antaranya:
1. puisi
2. komik lama
3. carta lagu (entahapahapantah)
4. apa2 yang aku rasa nak masukkan...

Tak mengapalah. Aku rasa ini pun dah ok.
Yang penting tahu apa yang kita cakap, bukan terikut2 orang...hahaha

p/s lagu fav bulan Oktober : With Arms Wide Open-Creed/21 Guns-Green Day/Masih Jelas-Hafiz/Nur Kasih-Yassin/You Make It Real-James Morrison

Friday, October 30, 2009

SURAU hospital

KURASAKAN Kau
makin dekat
dalam hiba hati
dan hina diri
tersimpul
dalam doa:
"Ya Allah, sembuhkanlah dia."

-Cheras,28102009

BINTANG jauh

KAU lihat akulah yang menyinar
dalam cakerawalamu
atau sebahagian buruj
yang menyuluhi jalanmu
tapi hakikatnya aku
hanya bintang jauh
yang kelam kelip
membakar diri
sebelum rapuh dan mati

-Bangsar, 19102009

Tuesday, October 6, 2009

PESTA pun BERAKHIR

PESTA pun berakhir
tamu sudah beransur pergi
yang dirai apatah lagi
hilang semua sorak
hilai tawa dan tepukan
arena pun makin sepi
sampah bertaburan
menanti untuk dibersihkan
hiasan pun dibuka
tanda semuanya sudah selesai
dan satu satu
hilang dari pandangan
arena pun sepi
kosong
lampu dimatikan
gelap
menanti pesta berikutnya

-Stadium Putra Bukit Jalil
04102009

hmm... ini lagu fav untuk bulan September. Mencari Konklusi-Hujan/Teruskanlah-Agnes Monica/Ramadan Datang-Tompi/Cahaya Hati-Opick/Bukan Gempak-Adam

Sunday, September 27, 2009

LAGU raya 2009

DIAM tak diam dah lapan hari raya. Lagu raya mana yang korang betul-betul suka? Bagi aku tahun ini, lima lagu ini memang best. Tak tahu la tahun depan lagu apa pulak yang best.

1.Selamat Hari Raya-Saloma
Lagu yang memberi mood raya bagi aku, lagu raya pertama yang aku dengar kat radio tahun ini. Happening!

2. Pulang di Hari Raya-Noor Kumalasari.
Tak tahu la kenapa boleh terminat lagu ni. Suka la lagu raya dengan 'light disco feel'. Cool!

3. Suara Takbir- Tan Sri P Ramlee
Syahdu betul lagu ini. Rasa macam ada kat kampung. Betul-betul ada 'feel' Melayu.

4. Bersabarlah Sayang- Sanisah Huri
Walaupun Anuar Zain pun ada nyanyi lagu ini, yang original lagi bagus. Ada sesuatu dengan susunan muziknya.

5. Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda- Hujan & Raihan
Sesuatu yang baru dan segar untuk tahun ini. Gabungan indie dan nasyid. Walaupun lagu rancak tapi mesejnya memang menyentuh jiwa. Barulah terfikir, ketika seronok berhari raya banyak yang perlu dikorbankan ibu bapa. Sedih!

Wednesday, September 23, 2009

SENYUMLAH sikit!

SALAM Aidilfitri. Semoga Aidilfitri ini diraikan dengan penuh bermakna. Sebenarnya, nak kongsikan artikel ni. Copy dari blog lain. Harap tips ini boleh beri pelajaran berguna. Senyumlah sikit! Comel pun!

1. Smiling Makes Us Attractive
We are drawn to people who smile. There is an attraction factor. We want to know a smiling person and figure out what is so good. Frowns, scowls and grimaces all push people away -- but a smile draws them in.
2. Smiling Changes Our Mood
Next time you are feeling down, try putting on a smile. There's a good chance you mood will change for the better. Smiling can trick the body into helping you change your mood.
3. Smiling Is Contagious
When someone is smiling they lighten up the room, change the moods of others, and make things happier. A smiling person brings happiness with them. Smile lots and you will draw people to you.
4. Smiling Relieves Stress
Stress can really show up in our faces. Smiling helps to prevent us from looking tired, worn down, and overwhelmed. When you are stressed, take time to put on a smile. The stress should be reduced and you'll be better able to take action.
5. Smiling Boosts Your Immune System
Smiling helps the immune system to work better. When you smile, immune function improves possibly because you are more relaxed. Prevent the flu and colds by smiling.

Wednesday, September 16, 2009

PELITA punya CERITA

DIAM tak diam, Ramadan pun dah nak habis. Orang sibuk buat preparation raya. Beli kuih, baju raya, pasang langsir baru, perabut baru blablabla. Cakap pasal persediaan raya, nak cerita pasal pelita. Tak meriah raya kalau tak pasang pelita kan. Kalau tak main bunga api pun. Rumah nampak cantik.
Kisahnya, aku beli pelita kat supermarket tahun lepas. Cadangnya nak pasang kat rumah tahun ni sebab masa tu sibuk pindah rumah. Tinggalkan semuanya kat rumah mak. Ramadan tahun ini, teringatbalik pasal pelita tu, jadi aku pun decide nak pasang kat rumah.
Hari pertama semuanya berjalan lancar. Cantik rumah aku dah ada pelita. Hari kedua, ketiga pun ok juga. Masuk hari keempat, masa aku balik ke rumah siang tu tengok pelita tu semua dah tak ada. Nak je aku menyumpah tapi bulan puasa kan. Sabar je la.
Dalam hati aku kata budak-budak ni dah tak ada benda nak curi. Pelita pun jadi. Dah sengkek sangat ke sampai pelita pun tak boleh beli. Entahlah.
Malam tu, bila aku balik dari kerja. sesuatu yang aku tak terfikir boleh berlaku. Buluh pelita bersepah depan rumah. Pelita memang dah tak ada. MEMANG BAIK BETUL HATI PENCURI NI!!!

SELAMAT HARI RAYA SEMUA! (Kalau aku tak sempat nak post benda baru lepas ni)

Thursday, September 10, 2009

SYURGAKU

AKU adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat untuk mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat.
Aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku menikmati syurga dunia terlebih dahulu.
Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buat buatku. Tempat kerja, syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.
Ke mana pun dan sampai bila-bilapun syurgaku selalu bersamaku.


-Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani)
(dipetik dari majalah Solusi #11)
Al Fatihah...

Tuesday, September 8, 2009

MENGEJAR masa

DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN

SEDAR tak sedar, dah masuk 18 Ramadan dah. Hujung minggu depan nak raya. Cepatnya! Rasa macam baru beberapa hari puasa.
Tapi itulah, masa memang pantas berlalu. Sedar tak sedar usia pun makin meningkat. Bukannya makin muda. Hakikatnya, kita bukan Peter Pan.
Ada 24 jam sehari untuk semua orang tapi terkejar-kejar pulak. Banyak benda nak dibuat dan jika ditolak dengan masa yang tak produktif dan masa yang dibazirkan, berapa jam sangat la yang tinggal.
Dan beberapa jam itulah yang nak digunakan sebaik mungkin. Banyak nak dibuat, senarainya berjela tetapi yang dapat selesai cuma satu dua je. Kadang-kala tak tau yang mana paling penting, yang mana pula tidak tapi kita buat je. Lepas tu rasa macam rugi pula.
Tapi itu lebih baik daripada tak buat apa-apa langsung..

Wednesday, September 2, 2009

RAMADAN di HATIKU

Tompi
Raihan

RAMADAN datang lagi. Seronoknya (walaupun sekarang dah nak masuk 13 Ramadan). Tapi tak seperti Aidilfitri, tak banyak lagu menceritakan mengenai keseronokan menyambut Ramadan berbanding lagu raya. Sedih kan.
Bagaimanapun, aku ada beberapa lagu yang diminati sepanjang Ramadan dan dijamin evergreen. Tak percaya? Percayalah.
1. Harapan Ramadan- Raihan feat Man Bai
Lagu ni memang best. Buat aku termenung seketika mengenai Ramadan. Apa yang aku buat sepanjang Ramadan yang dikatakan "Bulan Pesta Ibadat", kadangkala aku sendiri pun sedih. Sentiasa berharap "Ramadan kali ini penuh makna, agar dapat kulalui dengan sempurna."
2. Ramadan Datang-Tompi
Rentak upbeat lagu ini, buat aku tak percaya yang ini lagu keagamaan. Cerita pasal ketibaan Ramadan, cerianya umat menyambut Ramadan Al-Mubarak yang dipenuhi dengan ibadat.
3. Ramadan Bulan Suci-Nasyid Lama
Aku tak ingat siapa kumpulan nasyid wanita yang nyanyi lagu ini dan tajuknya, tetapi ini adalah 'all time favorite'. Masa zaman aku kecik2 dulu. Time dengar radio waktu sahur selalu ada lagu ni. "Ramadan, bulan yang suci. Rahmat melimpah dari Ilahi. Banyakkan amal dibulan ini, wajah muslimin selalu berseri"
4. Puasa Dulu Baru Raya-Raihan
Raihan dengan lagu "sing-along" memang tak dapat dipisahkan. Mudah tetapi mengesankan. Lagu ini buat aku rasa semangat dan naik bulu roma terutama bila nak dekat raya. Mari nyanyi, "Minal Aidil Wal Faizin...."
Sebenarnya ada banyak lagi lagu nasyid atau bertema Ramadan ni tapi mungkin jarang keluar radio atau aku tak sedar pun lagu ni ada
Tetapi lagu sedap je tak cukup kalau yang mendengarnya sendiripun tak menghayatinya dan beramal. Insaf-insaflah...

Monday, August 31, 2009

MERDEKA!


HARI ini MERDEKA! Dah 52 tahun. Semua orang, aku kata semua orang menyampaikan mesej Merdeka. Selamat Hari Merdeka! Hayatilah Erti Kemerdekaan! Semoga Negaraku Terus Merdeka! dan macam-macamlah slogan yang menyatakan sokongan terhadap negara.

Ada yang kata, golongan generasi kini tak faham erti merdeka, Tak tahu betapa susahnya datuk nenek kita berjuang demi kemerdekaan. Yang kita tahu berhimpun di Dataran Merdeka. Laung Merdeka tiga kali bila jarum tunjuk pukul 12 malam. Esok tengok perbarisan. Habis.

Bagi aku Merdeka itu mudah
Bebas dari belenggu penjajah
Itu yang pasti

Tetapi yang lebih pasti
Aku bernafas selesa kerana Merdeka.
Mudah ke mana-mana kerana Merdeka
Makan yang enak kerana Merdeka
Berteman tanpa prasangka kerana Merdeka
Bebas beragama dan beradat kerana Merdeka
Segala-galanya kerana Merdeka.

Kalau tak ada Merdeka
Boleh kau buat itu semua?
Merdeka!Merdeka!Merdeka!

Lagu Fav aku untuk bulan ini: Demi Cinta-Kerispatih/The Climb-Miley Cyrus/ My Life Would Sucks Without You-Kelly Clarkson/Kau Aku-Aizat/Superman-Lucky Laki

Saturday, August 29, 2009

DALAM keadaan terlalu gembira kadangkala ada duka, ia bermakna hidup ini ada batasan. Dalam duka yang amat dalam kadangkala ada gembira, ia bermakna hidup masih ada harapan.

Itulah hakikat hidup ini. Aku menempuhi fasa yang amat positif dalam hidup ini apabila tiba-tiba kejadian yang tak diingini berlaku, terutama ketika Ramadan ini. Mungkin ini dugaan-Nya. Seperti yang aku post dalam facebook semalam, when life seems unfair, put some "f" into it. Itulah yang aku maksudkan. Aku tak boleh lagi fikir yang segalanya akan jadi negatif bila satu benda yang tak diingini. Aku malas nak berfikir seperti itu. Hanya biar hidup jalan terus dan berdoa agar segalanya akan berubah 360 darjah...Amin

Friday, August 21, 2009

dia DATANG

TERKEJUT kan? Dua post dalam satu hari. Tapi ini kes istimewa. Ramadan datang lagi. Alhamdulillah. Selamat berpuasa buat semua.
Saya ada puisi istimewa-buat menyambut Ramadan Al-Mubarak

dia datang lagi
membawa sedar
dari kealpaan duniawi
untuk kembali bertamu
di ruang hidup

entahlah
hadirnya dinanti
menghilang rindu setahun
membawa tenteram
mengisi sanubari

dia datang lagi
subhanallah
walhamdulillah
walailahaillallah
wallahuakhbar

air mataku jatuh ke hati...

KOMIK lama lagi

X-Men Unlimited#9 (2005)

KOMIK kali ni takda la lama sangat. Empat tahun dulu. Sebenarnya artwork komik ni aku tak berkenan sangat sebab serabut. Tapi layan je la. Cerita mengenai Wolverine. Ala, sapa yang tak kenal Wolverine yang perengus dan ada kuku adamantium tu. Ceritanya mudah je. Bayangkan mutan yang sudah biasa bertarung dengan macam-macam musuh baik di bumi mahupun di angkasa lepas kematian kawan. Tetapi kawannya, si Johnny ni mati sebab nak selamatkan dia. Apa lagi, mengamuk la Wolverine. Mandi darah beb.
Cerita kedua mengenai Iceman (yang ini artwork dia sedap mata memandang) yang tulis surat kepada Cyclops, beritahu dia nak berhenti dari menyertai X-Men. Memang lawak. Bacalah sendiri!!

Tuesday, August 11, 2009

akhirnya KENA juga

H1N1. Benda yang amat-amat ditakuti sekarang ni. Biarpun dah dekat empat bulan, tak nampak pun tanda nak berkurang, bertambah lagi adalah. Bak kata orang dah masuk gelombang kedua. Sebelum ini kita cuma bimbang, takut kalau berlaku kat negara kita. Buat pemeriksaan kat airport, tak bagi keluar negara kalau berisiko, kuarantin dan semuanya dah dibuat untuk pastikan rakyat kekal selamat.
Tetapi akhirnya kena juga. Makin ramai pula rakyat Malaysia jadi korban H1N1. Memang menakutkan, tetapi itulah hakikatnya. Tak terkecuali, cousin aku pun diserang penyakit jahanam ni. Sekarang ada kat hospital. Aku doakan semoga dia cepat sembuh.
Kat office pun dah buat security measures untuk pastikan penyakit tak merebak. Tau je la, kat office ni ramai orang datang. Kena la ambil langkah berjaga-jaga.
Dengar cerita coach badminton pun kena H1N1 masa kejohanan badminton dunia di Hyderabad, India. Tapi tak confirm lagi (masa entry ni ditulis). Nauzubillah.
Marilah kita sama-sama berdoa agar penyakit ini akan segera hilang dari muka bumi ini dan ambillah pengajaran daripada segala yang berlaku. Amin....

Monday, August 10, 2009

RINDU

TAK tahu mengapa
rasa ini datang lagi
singgah dan kemudian enggan pergi
berakar umbi dalam hati ini

AKU bermimpi
berjalan di daerahmu
menyoroti indahnya alammu
meninjau kamar-kamarmu
melayari kenangan bersamamu
hanya aku dan kamu


ANEHNYA segala itu
bagaikan mimpi dalam jaga
dan terbawa-bawa
dalam nafas nyata
biar hanya anganan semata

RINDU aku kepadamu
menari-nari di laman fikir
berlari-lari di ruang khayal
berkecamuk dalam sukma
kunikmati puas dalam lemas
aku tahu aku rindu
menanti detik pulang kepangkuanmu

Sunday, August 9, 2009

KOMIK lama KEMBALI


KOMIK LAMA KEMBALI!

Lama dah nak buat tapi banyak halangan. Even nak menaip entry ni pun berapa kali tergendala sebab asyik sangkut je. Ok, here goes. Gambar tak berapa jelas la, maafkan saya ye.

Uncanny X-Men372 (1999)
Prof X sejak balik dari dimensi asing dan planet Skrull, nampak tertekan. Anak buahnya dikejut sejak jam 5 pagi untuk latihan lasak. Semua diminta untuk buat benda yang tak masuk akal menyebabkan X-Men betul-betul bengang dengan mentor mereka ni.
"...almost like he's trying to break us," kata Shadowcat (gambar).
Tak dinafikan, memang isu ni antara yang paling tegang dalam siri X-Men! Argh!
(aku cuba pendekkan entry ni, takut hang lagi!)

Friday, August 7, 2009

minggu SIBUK

MINGGU yang agak sibuk untuk aku. Banyak pulak benda nak dibuat dan banyak pulak event berlangsung kebelakangan ni. Puasa dah makin dekat agaknya. Semua nak kejar, terkejar-kejar dibuatnya.
Tambah pulak beberapa hal di rumah dan tak boleh nak dielakkan, aku perlukan plan A, plan B, plan C dan pelbagai plan, semata-mata nak pastikan semuanya selesai.
Tapi satu bendalah nak beritahu. Kita merancang, Tuhan merancang. Perancangan Tuhan lebih baik. Walaupun kadang-kadang nampak macam tak memihak pada kita (bimbang kalau apa yang berlaku tak disenangi orang), tetapi Tuhan tahu apa dalam hati kita, kan.
Kadangkala, penyelesaian masalah itu pun nampak macam menyusahkan tetapi akhirnya beban yang patut ditanggung hilang begitu saja. This too shall pass.
Mungkin aku perlu lebih relaks menghadapi semua ini. Tekanan tetap ada tapi usah mengalah dengan tekanan.
Lambat-laun semuanya akan selesai dan kita boleh raikan kejayaan itu.
Semuanya akan baik-baik saja. Hahaha...

Tuesday, August 4, 2009

LURVE songs

A friend of mine is painstakingly (or is it pains taking) searching for love song to be aired on her wedding, proabably next year. Right now she had 25 (including few that I've suggested her), but she got another 75 songs to go to make Top 100 lurve song for that special day.
But for me, I've a few love song that I considered special, maybe she can play it on her wedding as well (eh, lagu Ikan Kaloi tak boleh ke? Favorite song among the 'otai'). Ok, here goes:

1. Now and Forever -Richard Marx
2. This I Promise You- N'Sync
3. Kiss Me- Sixpence None The Richer
4. Butterfly- Mariah Carey
5. I Never Had A Dream Come True (S Club 7)
6. Keabadian Cinta- Anuar Zain
7. Sempurna- Andra and The Backbone
8. Change The World- Eric Clapton
9. Everytime I Close My Eyes- Babyface
10. Back At One- Brian McKnight

I had many more songs but I can't get it outta my head.

p/s Anyway, these are my favorite songs for last month:
Fire Burnin'-Sean Kingston/I Gotta Feeling-Black Eyed Peas/Halo-Beyonce/Mad-Ne-Yo/Madu Tiga-Ahmad Dhani

Friday, July 17, 2009

hello

HAI, ini kali pertama aku cuba mobile-blogging. Ada kemudahan, gunakanlah. Actually tak ada benda nak cerita. Nanti kalau dah mahir (still ada problem upload gambar)dan ada cerita kita sambung ok.

Sunday, July 5, 2009

SATU kisah di SUATU hari

HARI itu bermula dengan agak kelam kabut. Bangun awal dah tapi menunggu yang bersiap pula aduhai, tak tahu la apa yang dibuat. Janji nak keluar jam 8.30 pagi, akhirnya tinggalkan rumah sejam kemudian.
Misinya: hantar adik ke U di Melaka.
Anehnya, biarpun ada di antara kami yang dah biasa dengan jalan nak ke sana tapi sesat la pulak. Tanya orang, telefon orang semua dah buat tapi masih berputar sekitar bandar. Akhirnya selepas bertanya polis trafik (dah tak jauh pun sebenarnya), sampai juga kami di tempat yang dituju. Hampir jam 11 pagi.
Tunggu lagi sampai selesai pendaftaran, 1 tengahari. Hantar barang masuk hostel. Si kecik tu bukan main suka tengok baju dalam mesin basuh, menjerit-jerit seronok nampaknya.
Kemudian, mimpi ngeri pun bermula. Sebenarnya benda ni dah berlaku lama dah tapi berulang balik hari ini, Kereta aku tak boleh masuk gear. Nak tukar gear macam nak tersentap tangan.
Depan Mall, tiba-tiba, kereta aku langsung tak boleh gerak. Tak boleh tukar gear langsung. Macam mana nak balik ni.
Akhirnya, kita orang putuskan untuk berhenti makan. Ada restoran depan Mall tu. Sementara itu ayah aku minta tolong dengan Pak Aji tauke restoran kalau dia tahu ada bengkel dekat kawasan itu.
Dia pun telefon apek bengkel, lima minit kemudian dia datang. Aku sebenarnya cuak jugak dalam hal-hal macam ni. Bukan apa, banyak dah berlaku. Kena tipu dengan pomen, benda yang rosak sikit je tapi nak banyak melampau-lampau.
Aku tawakal je la. Tengok je kereta aku tu dibawa pergi. Harap-harap Pak Aji dan pomen ni boleh dipercayai. Dekat satu jam kami di situ, merayau kat dalam Mall sementara tunggu mereka. Akhirnya, kereta aku pun sampai. Dia minta RM50 je. Alhamdulillah. Dalam saat-saat susah begini, masih ada insan yang jujur dan berhati mulia (pergh, macam drama la pulak).
Selepas semuanya berakhir, kami pun pulang walaupun satu lagi misi, pergi majlis kahwin tak kesampaian.

Mengenai Mall tu, aku tak tau nak cakap apa tapi datang la sendiri untuk menyaksikannya..heheh

Lagu pilihan Jun: Boom Boom Pow-Black Eyed Peas/The Climb-Miley Cyrus/Kiss Me Thru The Phone-Soulja Boy feat Sammie/Halo-Beyonce/Mad-Ne-Yo

Saturday, June 6, 2009

FANTASI o REALITI

MEMANG menjadi fantasi setiap insan untuk memiliki kehidupan yang serba indah dan serba sempurna. Bermimpi untuk hidup dengan mempunyai kelebihan dalam segala-galanya. Tak perlu aku jelaskan di sini. Hey, gunakan imaginasi sendiri!
Tetapi kenyataan memang tidak pernah seindah mimpi. Walau cantik manapun fantasi, ia tidak boleh menjelma sempurna di realiti. Apatah lagi kalau yang cantik diimpi tetapi yang buruk pula dimiliki. Walaupun cuba sebaik mungkin mencari keindahan di sebaliknya, di depan mata buruk juga yang kelihatan.
Mungkin juga akhirnya perlu menerima hidup begini, bak kata orang kalau tak memiliki apa yang kamu sayang, sayangilah apa yang kamu miliki. Ah, pesimis sungguh!!!

p/s lupa pula lagu fav untuk Mei: Ingatlah diriku-Chandra feat Sheila Majid/Pergi-Aizat/ Terlanjur Cinta- Rossa feat Pasha (Ungu)/Love Sex Magic- Ciarra feat Justin Timberlake/1,2,3,4-Plain White T's

Sunday, May 10, 2009

a SONG for MAMA

THIS is a song for my Mak from Boyz II Men. Hope she had a wonderful weekend and really enjoys it. I love you Mak. HAPPY MOTHER'S DAY.

You taught me everything
And everything youve given me
I always keep it inside
Youre the driving force in my life, yeah

There isnt anything
Or anyone I can be
And it just wouldnt feel right
If I didnt have you by my side

You were there for me to love and care for me
When skies were grey
Whenever I was down
You were always there to comfort me
And no one else can be what you have been to me
Youll always be you always will be the girlIn my life for all times

Chorus:
Mama, mama you know I love you
Oh you know I love you
Mama, mama youre the queen of my heart
Your love is likeTears from the stars
Mama, I just want you to know
Lovin you is like food to my soul

Youre always down for me
Have always been around for me even when I was bad
You showed me right from my wrong
Yes you did
And you took up for meWhen everyone was downin me
You always did understand
You gave me strength to go on

There was so many times
Looking back when I was so afraid
And then you come to meAnd say to me I can face anything
And no one else can do
What you have done for meYoull always be
You will always be the girl in my life

Chorus

Never gonna go a day without you
Fills me up just thinking of you
I'll never go a day without my mama

Chorus

Yes you are

Monday, May 4, 2009

PELUANG kedua

SEPATUTNYA entry ini dibuat minggu lepas tapi tahulah, bila hujung minggu datang hati pun dah melayang-layang seronok bukan kepalang. Off hari Ahad la katakan tetapi syukur, semua berakhir dengan aman.
Hmm, bukan nak cerita tentang hujung minggu tetapi tengok tak final One In A Million (OIAM), Jumaat lepas? Ala, Tomok menang RM1 juta ( pakcik kayo!) .
Tetapi bukan nak cerita pasal Tomok tetapi peluang kedua yang dia dapat dalam OIAM. Dengan peluang itu, dia berjaya ubah persepsi orang terhadap dirinya dan walaupun hampir tersingkir malam itu, dia sekali lagi mendapatkan peluang kedua (lagi) untuk membuktikan siapa dia sebenarnya dan akhirnya RM1 juta 'ente yang funya'.
Apa2 hal, bila peluang terhidang, jangan biar ia hilang.
Bagi yang pernah merasai diberi peluang kedua dalam hidup mungkin faham apa yang cuba aku sampaikan ini. Secara peribadi aku pernah merasai bagaimana bertuah mempunyai peluang kedua dalam hidup. Dari 100% negatif ke 100%positif. WOW!!!
Tak tahulah bila peluang seperti itu akan datang ...tunggu dan mengharap sajalah.

Thursday, April 30, 2009

APRIL pun HABIS

Diam tak diam dah habis bulan April. Empat bulan 2009 dah hilang. Lapan bulan lagi nak masuk 2010. Apa yang dah aku buat? Aku sendiri pun tak pasti. Bukan nak bersikap negatif tapi tak ada yang nampak constuctive yang aku dah buat sepanjang empat bulan ini. Azam? Tak nampak bayang pun. Paling tidak pun cuba untuk menangani apa-apa masalah yang melanda.
Kadang-kadang terfikir, hidup ini penuh dengan masalah ke? Celik mata je berdepan masalah, nak pejam mata fikir pasal masalah.
Tetapi orang cakap (orang cakap la), dari masalah la datang peluang. Benda yang susah akan jadi senang bila kita fikir macam mana nak selesaikannya. Banyak benda baru tercipta kerana usaha menyelesaikan masalah. Contoh dah ada.
"Obstacles are what you see when you took your eyes from the goal."
Aku rasa ada benarnya. Kalau nak fikir pasal masalah sampai bila pun tak habis. Fikir bagaimana nak selesaikan. Kalau tak dapat buat seorang, minta tolong kawan. Harap-harap boleh selesai.
Bila berfikir tentang nasib diri ni kadang-kadang lihat rumput orang lain lebih hijau. Bertuahnya diaorang, jealous aku. Mungkin apa yang aku nampak yang hijaunya saja, tetapi senang ke nak jadi hijau seperti itu. Mungkin orang berfikir perkara yang sama tentang aku juga, siapa tahu.

Apalah aku mengarut ni, tapi apa-apa hal aku kena pastikan ada yang sesuatu yang boleh kubanggakan tahun ini. Lapan bulan lagi. Arrgh!!

Ini lagu fav untuk April 2009: Entah-Afgan/Selalu Mengalah-Seventeen/Dan Sebenarnya-Yuna/Jadi Milikmu-Anggun/ Love Story-Taylor Swift

Sunday, March 29, 2009

KATA diri

ORANG takut mati kerana sepanjang hayatnya asyik memikirkan tentang masalah hidup

MASALAH bagaikan tenaga. Ia tidak boleh dicipta atau dimusnahkan. Ia bertukar bentuk, satu kepada yang lain

RAMAI hilang harga diri kerana menjual modal insannya

hei, ini lagu fav untuk bulan ini: Dan Sebenarnya-Yuna/Bila Rasaku Ingin Rasamu-Kerispatih/Selamat Ulang Tahun Sayang-Imran Ajmain/I Hate This Part-Pussycat Dolls/Tak Mungkin Kerana Sayang-Alyah

Tuesday, March 24, 2009

tentang HATI

HATI umpama air, bila membeku ia begitu dingin, bila cair ia menyenangkan dan bila menggelegak ia hilang pertimbangan.

Friday, March 20, 2009

kuharap kau MENGERTI

Kuharap kau mengerti
isi hatiku ini
kerana selama ini
kita dalam dunia berbeza

Aku tak tahu
jika kau benar-benar memahami
apa yang kuperkatakan
selama ini
biarpun kita
saling memerlukan
dalam kehidupan ini

Aku berharap
suatu hari nanti
kita akan berbicara
dalam bahasa yang sama
berkongsi nada yang sama
dan sama-sama kita teroka
keindahan sementara ini

Wednesday, March 4, 2009

sudah TUKAR ka?

INGAT tak cerita RM5 je hari tu. Hmm ni cerita di kedai sama la. Tapi bukan pasal aku dapat makan dengan bayar RM5 lagi tapi pasal benda lain.
Ahad lepas, aku makanla kat kedai tu. Maklumlah, dah lapar...hujan pulak tu. Tapi lepas aku order, aku tengok nama kedai tu dah tukar. Uniform pekerjanya pun dah tukar walaupun orangnya agak2 aku masih sama.
Namanya dah tak macam nama Melayu lah. Jadi jadi lain. Yang tak bestnya, bila aku tengah makan ada pulak yang bagi soalan maut tahap gilababeng.
"Ko agak2 ayam tu diorang sembelih tak?"
Aku dengan takde feeling terus makan je. Dalam hati menyumpah...sah esok aku tak datang sini lagi.
Masalahnya kat mana la pulak aku nak makan lepas ni. Sebelum ni aku dah boikot satu kedai sebab makanannya cam hampeh..kena bawak bekal la jawabnya. Tak pun kena start kereta, cari port lain...

p/s ini lagu fav aku untuk Februari: Kau Yang Punya-Malique feat Najwa/I Hate This Part-Pussycat Dolls/Entah-Afgan/Greenlight-John Legend feat Andre 3000/Cinta Adam dan Hawa-Misha Omar

Thursday, February 26, 2009

HILANG



TAK mahu bercakap banyak cuma cukuplah ia tentang aku yang kehilangan, hilang arah dan makin hilang dari pandangan...

Saturday, February 21, 2009

aku yang MARAH-MARAH!

TAK tahulah kenapa minggu ini aku begitu meraikan sangat rasa marah-marah aku ini. Tak tahu dari mana mulanya tetapi makin lama makin membakar dan aku pun mula menyala-nyala, berjelaga.

Aku tak tahu sama ada ia berpunca dari tugasku dari hujung minggu lalu dan meleret hingga ke minggu ini, atau SMS yang membuat aku 'sentap' atau sikap seseorang yang tak sedar diri atau sistem hidupku yang pincang: semuanya memang sudah salah di depan mata.

Ada kalanya aku tidur bertemankan marah-marah ini, malah terfikir untuk melakukan sesuatu untuk membalas dendam kesumat in a creative but painful way (nauzubillah).

Ada juga yang cuba mengorek, hanya sedikit yang tiris, selebihnya masih terpendam dalam rasa marah-marah ini. Aku selesa begini, agaknya.

Akhirnya semua itu akan reda sendiri, hasil diamku untuk beberapa hari. Ada yang sudah kuanggap selesai tetapi masih ada yang menjeruk dalam diri yang marah-marah ini. Aku perlu masa...

Harap hujung minggu ini, marah-marah ini akan usai jua. Ceh!

Tuesday, February 17, 2009

RM5 je?

Macam tak percaya je. Malam tadi aku makan dengan member bayar RM5 je. Walaupun yang kitaorang makan hanya dua keping roti boom, teh o suam dan air suam, plus kentang lenyek nak cicah dengan roti tu tapi mamak tu mintak RM5 je.

Ntah, selalunya makan kat kedai mamak ni kalau tak de RM10 tak cukup. Tapi aku heran sebab bayar RM5 je untuk makan waktu ekonomi meleset macam ni. Tak kesahlah kalau korang tak heran, tapi aku masih heran sampai hari ini

Tak tahulah kalau kena bayar lebih kalau makan benda sama hari ni.

Wednesday, February 11, 2009

OUTTA my head

THIS is very funny. I just can't stop laughing while doing it over and over again ..hahaha

RULES:1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag 10 friends
5. Everyone tagged has to do the same thing.
6. Have Fun!

1. IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?Ingkar- Bunga Citra Lestari

2. HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?Bukannya Satelit-Elyana (huh?)

3. WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?We Belong Together-Mariah Carey

4. HOW DO YOU FEEL TODAY?Janjiku-Sofaz

5. WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?Terlalu Cinta-Rossa

6. WHAT'S YOUR MOTTO? Kau@Aku-Elyana

7. WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?Segalanya Mungkin-Headwind

8. WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?Lets Get It Started-Black Eye Peas

9. WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?Tak Mengapa-A Rahman Hassan (hahaha)

10. WHAT IS 2 + 2?So Sick-NeYo

11. WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?I Want To Hold Your Hand-Beatles (lagi nak ketawa)

12. WHAT IS YOUR LIFE STORY?Kasih Tak Sampai-Padi (alo.. sedihnya)

13. WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?Ray of Light-Madonna

14. WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?Tell Me-P Diddy feat Christina Aguilera

15. WHAT WILL/DID YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?Give It To Me- Sean Paul feat Eve (menarilah sampai pagi haa..)

16. WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?I Got It From My Mama- Will. I.Am (gilo?nak menari lagi?)

17. WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?Superman-Five For Fighting (erkk)

18. WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?Stikwitu- Pussycat Dolls (lalala...)

19. WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?Butterfly-Mariah Carey

20. WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?Salut-Spider (aparaaa)

21. WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?Hey There Delilah-Plain White T

22. WHAT WILL YOU POST THIS AS?Outta My Head-Ashley Simpson

Sunday, February 8, 2009

mari BELAJAR

belajarlah dari sejarah, tuan-tuan
bila negara tergadai dek percaturan tak berakal

belajarlah dari bidalan, tuan-tuan
ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut marah parah

belajarlah dari kesilapan, tuan-tuan
bukan terus belajar membuat kesilapan

Friday, February 6, 2009

MOMOK

AKU baru je tengok cerita Keliwon kat tivi malam tadi. Emm..satu lagi cerita seram untuk sajian peminat2 cerita hantu di Malaysia ni. Lepas cerita Susuk, Anak Pontianak, Kekasihku Seru dan terakhir sekali Puaka Niyang Rapik, macam2 jenis hantu pulak yang dah dibenarkan masuk kat tivi sekarang.

Rasa akulah mungkin cerita seram dari Jepun ,Korea dan Thailand macam Ju-On, The Ring, Dark Water dan banyak lagilah (makin meremang pulak bulu roma) jadi pencetus pada minat orang kita nak buat filem seram macam Pontianak Harum Sundal Malam, Chermin, Puaka Tebing Biru dan sekarang ni melarat ke tivi pulak..

Teringat pulak masa kecik2 dulu kononnya filem macam ni tak boleh ditayangkan sebab khurafat dan tahyul (ingat tak cerita Fantasia*) tapi sekarang mungkin orang dah berfikiran terbuka dan dah moden kot (walaupun ada lagi yang sikit2 jumpa bomoh). Tu yang dah boleh siar sekarang kot.

Tapi bagi aku filem Melayu dulu2 pun banyak yang seram dan sampai sekarang tak de tayang kat tivi macam Perjanjian Syaitan, Dendam Dari Pusara, Rahsia etc... Tak tahu la bila nak tayang balik kt tivi tapi memang seram gila...sampai sekarang pun masih terasa seramnya. Takuttt


p/s Nak tanya, camna nak upload gambar hantu kat web? Hihihi...

* cerita seram ke ni? Tak sure la pulak

Friday, January 30, 2009

don't STOP

Perasaan inginku berpijak lebih tinggi
dan meneruskan perjuangan ini
janganlah kita berhenti di sini...
-Jangan Berhenti, Ruffedge

Yes, maybe this is one of the most inactive phase in my life. 2009 just arrive and I'm not really focus on any resolution yet (or should I wait until December?). Anyway there's not so many things to write right now, and my laptop problem making it worse. Not forgetting some personals too..
But I don't think that should stop me to write something either. Or stop doing anything.
If I stumbled upon a rock when walking, I will make sure I won't blame the the whole journey. The rock should be a reminder of thing I usually forgets, and I realised lessons will be repeated until it's well learned.
Until then, I will not stop ..

p/s : by the way, these are my fav songs for January. Moving Mountain-Usher, Yang Terlewatkan-SO7, Disampingmu-The Divine Masters, Jangan Berhenti-Ruffedge, Hot and Cold-Kate Perry

Thursday, January 22, 2009

SELAMAT hari lahir, diri

Selamat Hari Lahir, Diri
inilah waktu untuk mengenang
perjalanan yang panjang
yang jauh ditinggalkan
serta pengalaman yang mematangkan
inilah waktu untuk memikirkan
laluan misteri di hadapan
mampukah kita mengagahkan diri
menempuh segala onak duri
inilah waktu paling terindah
kita raikan penuh hikmah
untuk segala yang kita kecapi
dan impian yang menanti selepas ini
Selamat Hari Lahir, Diri

Tuesday, January 6, 2009

dua DUNIA

Ketika manusia di seantero dunia meraikan tahun baru dengan percikan dan letupan bunga api, rakyat di bumi itu meraikan tahun baru dengan bedilan peluru dan dentuman bahan letupan.
Ketika kita berhimpun bersuka ria menantikan detik 12 malam, mereka di sana bertempiaran menyelamatkan diri untuk terus bernafas selepas detik itu.
Ketika kita menghimpun pelbagai azam yang kadang-kala tak muat kertas dan sekadar mengulangi azam tahun lalu, mereka hanya menyimpan satu azam untuk merdeka dan sehingga kini pun masih tak menjadi kenyataan.
Ketika anak-anak kita lena dibuai mimpi tentang indahnya hari esok, anak-anak mereka pula diganggu mimpi ngeri dan kadangkala tidak sempat bangkit untuk melihat mentari.
Ketika kita didodoikan dengan hiburan penuh melalaikan, mereka hanya didendangkan dengan harapan untuk meneruskan kehidupan.
Ketika manusia menentukan arah selepas bermulanya fajar tahun baru, mereka hilang arah mencari tempat berlindung dari peluru...