APRIL pun HABIS

Diam tak diam dah habis bulan April. Empat bulan 2009 dah hilang. Lapan bulan lagi nak masuk 2010. Apa yang dah aku buat? Aku sendiri pun tak pasti. Bukan nak bersikap negatif tapi tak ada yang nampak constuctive yang aku dah buat sepanjang empat bulan ini. Azam? Tak nampak bayang pun. Paling tidak pun cuba untuk menangani apa-apa masalah yang melanda.
Kadang-kadang terfikir, hidup ini penuh dengan masalah ke? Celik mata je berdepan masalah, nak pejam mata fikir pasal masalah.
Tetapi orang cakap (orang cakap la), dari masalah la datang peluang. Benda yang susah akan jadi senang bila kita fikir macam mana nak selesaikannya. Banyak benda baru tercipta kerana usaha menyelesaikan masalah. Contoh dah ada.
"Obstacles are what you see when you took your eyes from the goal."
Aku rasa ada benarnya. Kalau nak fikir pasal masalah sampai bila pun tak habis. Fikir bagaimana nak selesaikan. Kalau tak dapat buat seorang, minta tolong kawan. Harap-harap boleh selesai.
Bila berfikir tentang nasib diri ni kadang-kadang lihat rumput orang lain lebih hijau. Bertuahnya diaorang, jealous aku. Mungkin apa yang aku nampak yang hijaunya saja, tetapi senang ke nak jadi hijau seperti itu. Mungkin orang berfikir perkara yang sama tentang aku juga, siapa tahu.

Apalah aku mengarut ni, tapi apa-apa hal aku kena pastikan ada yang sesuatu yang boleh kubanggakan tahun ini. Lapan bulan lagi. Arrgh!!

Ini lagu fav untuk April 2009: Entah-Afgan/Selalu Mengalah-Seventeen/Dan Sebenarnya-Yuna/Jadi Milikmu-Anggun/ Love Story-Taylor Swift

Comments

Unknown said…
Saya tidak ingin menjadi pohon bambu, saya ingin menjadi pohon oak yang berani menentang angin - soe hok gie
nizaMWahid said…
saya ingin menjadi air, lembut dan dingin tetapi meresap dan menghakis dalam diam... tetapi nampaknya dalam hal ini saya masih menjadi batu yang membiarkan dirinya dihakis perlahan2. Thanks bro

Popular Posts