Saturday, December 31, 2011

POPULAR 2011

SEPERTI biasa, ini 10 lagu popular bagi aku sepanjang 2011:

1. On the Floor -Jennifer Lopez feat Pitbull
2. Sedetik Lebih/Cinta Harus Memiliki-Anuar Zain
3. Awan Nano-Hafiz
4. Give Me Everything- Pitbull feat NeYo, Neyer
5. Rocketeer- Far East Movement feat Ryan Tedder
6.Berdua Bersatu-Forteen
7. Kisah Hati- Alyah
8. Firework/ET-Katy Perry
9. Lau Kana Bainana
10. Just The Way You Are- Bruno Mars

apa pilihan korang?

terakhir 2011

BANYAK perkara berlaku dan akhirnya berlalu. Tiba masa buka buku baru...

CARTA LIMA DISEMBER

1. Someone Like You -Adele
2. Patah Seribu -Shila Amzah
3. Give Me Everything- Pitbull, Neyo, Neyer
4. Cinta Harus Memiliki -Anuar Zain
5. Sekali Ini Saja- Glenn Fredly

Tuesday, December 13, 2011

MASIH singgah

HIDUP ini satu persinggahan, lambat laun pergi juga... begitu juga dengan 2011

CARTA LIMA NOVEMBER
1. Cinta Harus Memiliki -Anuar Zain
2. Jangan Lupa Namaku- Pompa Bensin
3. Give Me Everything- Pitbull, Ne-Yo, Neyer
4. If I Die Young- The Band Perry
5. Friday Night (TGIF) -Katy Perry

Wednesday, November 16, 2011

SINGGAH lagi...

MASIH berkitar-kitar di ruangan ini dan sesekali menjengah...

CARTA LIMA OKTOBER
1. Ajari Aku-Adrian Marditinata/Anuar Zain
2. Terasa di Syurga- Sofazr
3. Cinta Harus Memiliki-Anuar Zain
4. Mr Simple- Super Junior
5. Berdua Bersatu- Forteen

Monday, October 17, 2011

sekadar SINGGAH

AGAK sibuk sekarang. Tak sempat nak update (alasan)....

CARTA LIMA SEPTEMBER
1. Berdua Bersatu- Forteen
2. Moves like Jagger -Maroon 5 feat Christina Aguilera
3. Give Me Everything- Pittbull, Neyo, Nayer
4. Cinta dan Benci- Geisha
5. Aidilfitri- Sanisah Huri

Sunday, August 28, 2011

YA Allah, moga Ramadan ini menjadikan aku lebih baik, bukan berlagak baik, perasan baik, buat2 baik...
Ya Allah, moga keberkatan Ramadan membekas dalam jiwa dan tak hilang bila Syawal menjelma..
Ya Allah, moga kami diberi kesempatan bertemu lagi dengan bulan penuh keberkatan ini...
Ya Allah, ampuni kami dan masukkan kami dalam syurga dan jauhkan daripada azab neraka...

Amin...

CARTA LIMA OGOS/RAMADAN
1. Lau Kana Bainana -Muhammad Al Rahman
2. Ya Nabi Salam Alaika -Maher Zain
3. Pencari JalanMu -Afgan
4. Berdua Bersatu -Forteen
5. Give Me Everything -Pitbull, Neyo etc..

Friday, August 19, 2011

menuju PENAMAT

DAH nak masuk 10 hari terakhir Ramadan. Apa perasaan anda? Adakah hati anda makin terdidik atau sudah tak sabar nak menyambut lebaran...fikir-fikirkan

Wednesday, August 10, 2011

HILANG

BAGAI ada sesuatu yang hilang
diri lelah tercari-cari
hidup bagai mengejar bayang
menyarung mimpi saban hari

Apakah lagi yang kurang
dalam hidupku ini
nikmat tuhan tak terbilang
semuanya percuma dinikmati

Sungguh aku kini berperang
dengan gelodak rasa sendiri
mampukah aku jadi pemenang
bertarung melawan sepi

Kuala Lumpur, 10082011


CARTA LIMA JULAI
1. Cinta Teragung -Hazama
2. Pokok- Meet Uncle Hussien feat Hazama
3. Terhenti di Sini -Azfar
4. Kisah Hati -Alyah
5. Lazy Song- Bruno Mars

Wednesday, July 27, 2011

TENGGELAM timbul

BANYAK yang berlaku hingga aku terlupakanmu. Maafkan aku...

CARTA LIMA JUN
1. Kisah Hati-Alyah
2. On The Floor-JLo feat Pitbull
3. Kotarayaku-Altimet feat Noh Hujan
4. Gelora Jiwa -Yuna
5. Rocketeer-Far East Movement feat Ryan Tedder

Wednesday, June 8, 2011

menangani TRANSFORMASI

OK, aku akui banyak yang sudah mula berubah sejak kebelakangan ini dan kini aku sedang menyesuaikan diri dengan perubahan itu.
Ia satu proses yang cukup menyakitkan tetapi membawa bersamanya pengalaman dan pembelajaran. Aku buka hati untuk terima semua itu.
Cuma aku harap perubahan itu akan membawa aku ke tahap lebih tinggi dan bukannya jatuh menyembah bumi.
Kalau jatuh pun aku akan bangkit kembali...
(walaupun pada hakikatnya masih ada yang belum berubah...)

CARTA LIMA MEI
1. Rocketeer- Far East Movement feat Ryan Tedder
2. On the Floor-Jennifer Lopez feat Pitbull
3. Coming Home- P Diddy feat Dirty Money and Skylar Grey
4. ET-Katy Perry feat Kanye West
5. Mata Hati- Nubhan

CARTA SUKAN MEI
1. Barcelona juarai Champions League
2. Kes enam atlet lari ujian doping
3. Man Utd juarai EPL kali ke 19

Tuesday, May 10, 2011

coming HOME

I'm coming home, coming home...
Tell the world we're coming HOME.

Tak tahu nak cakap apa tapi semua kenangan 20 tahun lalu tetiba mengalir macam air terjun. Harap dapat jumpa lagi lepas ini.

CARTA LIMA APRIL
1. On The Floor - Jennifer Lopez feat Pitbull
2. Perang dah Tamat -Malique feat Rabbani
3. Grenade- Bruno Mars
4. Pulanglah- Awi Rafael
5. Hoot- Girls Generation

CARTA LIMA SUKAN APRIL
1. Misbun tolak tawaran BAM
2.
3.

(nanti buat kemudian la..)

Wednesday, April 27, 2011

HAKIKAT

"Life is what happens while you are busy making other plans." -John Lennon

Betul tak?
But I don't think you should stop planning to make things happen. Kan?

Wednesday, March 30, 2011

KEJAR...

AKU masih mengejar dan mengejar dan mengejar dan mengejar.... CARTA LIMA MAC 1. Awan Nano-Hafiz 2. Sedetik Lebih-Anuar Zain 3. Just the Way You Are- Bruno Mars 4. Higher- Taio Cruz feat Kylie Minogue 5. Baik-baik Sayang- Wali Band CARTA LIMA SUKAN MAC 1. Azizulhasni, Nicol: Olahragawan, Olahragawati Kebangsaan 2010 2. Azrai Khor teraju Negeri Sembilan 3. Bolehkan kita menang emas Olimpik? 4. Lee Chong Wei menang All-England buat kali kedua 5. Malaysia mara ke pusingan berikutnya kelayakan Olimpik, jumpa Lubnan

Thursday, March 24, 2011

SEDAR

AKU sedar
dari mimpi panjang
sudah tiba masa
untuk bangkit
menebus yang hilang
rupa-rupanya
sudah terlambat
untuk berbuat apa pun
sesal pun tak berguna
ratap pun tak bersuara
tangis pun tak bermakna
kerana semuanya
sudah terlewat
ruginya usia
ruginya usia
ruginya usia

Kuala Lumpur, 24 Mac 2011

Tuesday, March 1, 2011

MAC sudah?

HMMM... apa lagi yang boleh aku katakan. Masa begitu cepat berlalu dan aku masih perlu mengejarnya...

CARTA LIMA FEBRUARI
1. Awan Nano- Hafiz
2. Just The Way You Are- Bruno Mars
3. Sedetik Lebih- Anuar Zain
4.Love- CN Blue
5. Ingatlah Diriku-Chandra feat Sheila Majid

CARTA LIMA SUKAN FEBRUARI
1. Azizulhasni, "The Splinter Warrior" (aduss)
2. Safee Sali ke Pelita Jaya
3. Kes di Ranau lagi
4. Malaysia tewaskan Pakistan 4-0 dalam kelayakan Olimpik
5. Isu acara di Sukan Sea, Palembang

Thursday, February 24, 2011

GEDUNG

ah, kalaulah aku berumah di sini
dengan segala-galanya percuma
nescaya akulah yang paling bahagia
menyarung jenama terkini
makan makanan terenak
menyertai kelompok terhebat
konon itulah syurga

tetapi itulah hakikatnya
di gedung serba megah ini
berjalan dari pintu ke pintu
semuanya menjanjikan bahagia
dan kepuasan sementara
yang bukan percuma

di balik cerita dan tawa
mereka yang sempuna
sebenarnya terlalu hina
mengemis dan meminta
puji dan mulia manusia

Thursday, February 17, 2011

SEJAUH ini

SUDAH sejauh ini aku berjalan dan masih banyak yang perlu kutempuhi. Cuma aku tak pasti apa akan terjadi selepas ini dan kuharap ia berakhir dengan kebahagiaan, bukan penyesalan.
Banyak berfikir mengenai kekurangan diri kebelakangan ini dan cuba atasi satu persatu. Masa tak panjang lagi, moga tak membazir waktu lagi...

Insya Allah... ada jalannya.

Friday, February 11, 2011

RENUNGAN...

MASA khutbah Jumaat tadi, tetiba khatib selitkan satu anekdot:

Seorang tok guru kelihatan menangis bersendirian. Anak muridnya menghampiri lalu bertanya,'Mengapa tuan guru menangis?' Jawabnya, 'Aku menangis kerana aku kini seorang guru dan tiada siapa akan menegur aku. Sebelum ini aku sentiasa menegur jika wujud sesuatu kesalahan tetapi aku bimbang, aku akan terus hidup dengan kesalahan dan tiada siapa yang akan berani menegur aku.

Renung-renungkanlah...

Monday, January 31, 2011

AKHIR Januari

KISAH kita berakhir di Januari... diam tak diam, Januari pun dah sampai ke penghujung. Apa rasanya ye. Masa berlalu begitu pantas. Kalau tak buat apa-apa mesti ketinggalan. Ketinggalan.. ya. Itulah aku rasa ketika ini, makin lama banyak yang nak dikejar. Orang lain sudah ke mana, kau masih menganyam mimpi. Aku harap masih mampu buat pecutan untuk berada setanding yang lain. Lebih baik juga kalau dapat memintas..Insya Allah

CARTA LIMA JANUARI
1. Sedetik Lebih-Anuar Zain
2. Firework-Katy Perry
3. Menyesal-6ixth Sense
4. Kotarayaku- Altimet feat Noh Hujan
5. Speak Now-Taylor Swift

CARTA LIMA SUKAN JANUARI
1. Misbun letak jawatan jurulatih badminton
2. Team Harimau Malaya dapat RM65,000 seorang
3. Isu pusat latihan olahraga di Ranau
4. Bola sepak, hoki, menembak masuk program Road To London 2012
5. Isu kontrak Arivalagan sebagai jurulatih karate

Saturday, January 29, 2011

bye-bye WIZARD?

INI isu pertama Wizard, majalah yang ceritakan semua perkembangan mengenai komik terutama di Amerika. Aku tak ada yang ni. Seingat aku, aku mula ikut magazine ni pun sekitar tahun 1998 kot. Itupun tak le beli sangat. Daripada tebal jadi nipis dan sekarang katanya nak tutup dah.
Tak sampai pun 20 tahun..huhuhu

Friday, January 21, 2011

sehari SEBELUM...

Apa yang agaknya kita fikirkan, sehari sebelum usia kita bertukar angka?
1. Siapa aku?
2. Apa aku buat sekarang?
3. Di mana aku berada sekarang?
4. Sudah berjayakah aku atau sekadar biasa-biasa saja?
5. Ke mana haluan selepas ini?
6. Bagaimana harus kubimbing mereka di dalam jagaanku?
7. Sudah cukupkah semuanya?

Ya, senarai itu akan menjadi bertambah-tambah panjang tetapi sekurang-kurangnya otak sudah mula berfikir. Berfikir mengenai hidup dan kehidupan. Jadi jawab soalan-soalan itu dengan tindakan dan bukan dengan alasan.
Moga impian esok tidak sekadar angan-angan. Semalam bukan untuk ditangiskan. Hari ini juga kita usahakan.

Monday, January 3, 2011

dah TAHUN BARU rupanya..

ALAMAK, saya sibuk sangat la beberapa bulan ni. Baru je ada masa nak update blog ni. Rupa-rupanya dah tahun baru 2011. Kejap ke kan. Anyway tahun bertambah, umur pun dah meningkat. Moga kita lebih matang mengharungi hidup dan lebih jelas dengan matlamat yang ingin dicapai. Tak boleh main-main lagi dah.
Alang-alang dah mula ni, masuk masukkan 10 lagu/penyanyi 2010 (patutnya buat tahun lepas). Lagu yang bukan hanya sedap didengar tetapi ada pengertian tersendiri dalam hidup saya...

1. Insya Allah/Thank You Allah/Always Be There-Maher Zain
2. If We Ever Meet Again- Timbaland feat Katy Perry
3. Nadiku-Sabhi Saddi
4. Hanyut/Selamat Malam-Faizal Tahir
5. Bukan Cinta Biasa-Afgan
6. Fireflies-Owl City
7. Ku Berjanji Karna Cinta-Anuar Zain
8. Sungai Lui-Aizat
9. DJ Got Us Falling In Love/OMG-Usher
10. Kalau Berpacaran-Suhaimi Mior Hassan, Ana Rafalli, Altimet

Ok, jumpa lagi...