SEDAR

AKU sedar
dari mimpi panjang
sudah tiba masa
untuk bangkit
menebus yang hilang
rupa-rupanya
sudah terlambat
untuk berbuat apa pun
sesal pun tak berguna
ratap pun tak bersuara
tangis pun tak bermakna
kerana semuanya
sudah terlewat
ruginya usia
ruginya usia
ruginya usia

Kuala Lumpur, 24 Mac 2011

Comments

Popular Posts