SATU kisah di SUATU hari

HARI itu bermula dengan agak kelam kabut. Bangun awal dah tapi menunggu yang bersiap pula aduhai, tak tahu la apa yang dibuat. Janji nak keluar jam 8.30 pagi, akhirnya tinggalkan rumah sejam kemudian.
Misinya: hantar adik ke U di Melaka.
Anehnya, biarpun ada di antara kami yang dah biasa dengan jalan nak ke sana tapi sesat la pulak. Tanya orang, telefon orang semua dah buat tapi masih berputar sekitar bandar. Akhirnya selepas bertanya polis trafik (dah tak jauh pun sebenarnya), sampai juga kami di tempat yang dituju. Hampir jam 11 pagi.
Tunggu lagi sampai selesai pendaftaran, 1 tengahari. Hantar barang masuk hostel. Si kecik tu bukan main suka tengok baju dalam mesin basuh, menjerit-jerit seronok nampaknya.
Kemudian, mimpi ngeri pun bermula. Sebenarnya benda ni dah berlaku lama dah tapi berulang balik hari ini, Kereta aku tak boleh masuk gear. Nak tukar gear macam nak tersentap tangan.
Depan Mall, tiba-tiba, kereta aku langsung tak boleh gerak. Tak boleh tukar gear langsung. Macam mana nak balik ni.
Akhirnya, kita orang putuskan untuk berhenti makan. Ada restoran depan Mall tu. Sementara itu ayah aku minta tolong dengan Pak Aji tauke restoran kalau dia tahu ada bengkel dekat kawasan itu.
Dia pun telefon apek bengkel, lima minit kemudian dia datang. Aku sebenarnya cuak jugak dalam hal-hal macam ni. Bukan apa, banyak dah berlaku. Kena tipu dengan pomen, benda yang rosak sikit je tapi nak banyak melampau-lampau.
Aku tawakal je la. Tengok je kereta aku tu dibawa pergi. Harap-harap Pak Aji dan pomen ni boleh dipercayai. Dekat satu jam kami di situ, merayau kat dalam Mall sementara tunggu mereka. Akhirnya, kereta aku pun sampai. Dia minta RM50 je. Alhamdulillah. Dalam saat-saat susah begini, masih ada insan yang jujur dan berhati mulia (pergh, macam drama la pulak).
Selepas semuanya berakhir, kami pun pulang walaupun satu lagi misi, pergi majlis kahwin tak kesampaian.

Mengenai Mall tu, aku tak tau nak cakap apa tapi datang la sendiri untuk menyaksikannya..heheh

Lagu pilihan Jun: Boom Boom Pow-Black Eyed Peas/The Climb-Miley Cyrus/Kiss Me Thru The Phone-Soulja Boy feat Sammie/Halo-Beyonce/Mad-Ne-Yo

Comments

Popular Posts