BACA jangan tak baca...

HARI minggu. Cadangnya nak keluar, beli kain untuk emak. Dua tiga hari lagi dia hendak balik kampung, dan kain itu mahu dijadikan buah tangan untuk emaknya. Harap-harap dia suka, fikirnya.
Selepas sarapan dan perasaannya agak tenang, dia pun keluar rumah dan menuju ke pekan. Bukannya jauh pun, dalam lima kilometer je. Ini satu-satunya pekan yang terdekat. Nak ke bandar, malas pula.
Sampai di pekan, dia menghentikan kereta dan mencari-cari kain yang diingininya. Ada beberapa kedai yang menjual kain dan pakaian di sini, cantik-cantik belaka. Rambang mata pula dibuatnya, semuanya cantik, semuanya dia berkenan.
Akhirnya, selepas berjalan dari satu kedai ke satu kedai dia terlihat kain yang diigininya. Warna merah dan hitam dengan corak awan larat (dia bukannya tahu apa motif corak kain itu, yang penting cantik).
Sesuai benar, katanya.
"Berapa ni kak," dia menunjukkan minat terhadap kain yang kini di tangannya.
"Tak mahal, RM75 je," katanya.
Dia pun tidak lengah lagi, keluarkan wang dari dompetnya. Ada RM60 je.
Pelik, keluhnya. Tadi rasanya ada RM100. Takkan tinggal RM60 je. Siapa yang kebas ni, dia mula resah. Nak kata dia beli apa-apa untuk sarapan pagi tadi, dia hanya makan roti yang dibeli dua hari lalu. Dia masih ingat, baki di dompet memang ada RM100.
"Maaf ye kak. Boleh kurang? Saya ada RM60 je," dia meminta simpati, mana tahu tuan kedai akan tawar hati, mahu kurangkan harga.
"Tak boleh. Itu dah paling kurang," balas tuan kedai.
"Bolehlah.."
"Tak boleh la dik. Ini dah paling kurang. Stok baru ni."
Malas nak bertengkar, dia kemudian memberitahu mahu ke bank. Keluarkan duit janji dapat kain tu. Lagipun hari itu hari minggu. Kedai tutup sekerat hari.

....bersambung

Comments

Popular Posts