dua DUNIA

Ketika manusia di seantero dunia meraikan tahun baru dengan percikan dan letupan bunga api, rakyat di bumi itu meraikan tahun baru dengan bedilan peluru dan dentuman bahan letupan.
Ketika kita berhimpun bersuka ria menantikan detik 12 malam, mereka di sana bertempiaran menyelamatkan diri untuk terus bernafas selepas detik itu.
Ketika kita menghimpun pelbagai azam yang kadang-kala tak muat kertas dan sekadar mengulangi azam tahun lalu, mereka hanya menyimpan satu azam untuk merdeka dan sehingga kini pun masih tak menjadi kenyataan.
Ketika anak-anak kita lena dibuai mimpi tentang indahnya hari esok, anak-anak mereka pula diganggu mimpi ngeri dan kadangkala tidak sempat bangkit untuk melihat mentari.
Ketika kita didodoikan dengan hiburan penuh melalaikan, mereka hanya didendangkan dengan harapan untuk meneruskan kehidupan.
Ketika manusia menentukan arah selepas bermulanya fajar tahun baru, mereka hilang arah mencari tempat berlindung dari peluru...

Comments

Popular Posts