RAMADAN di HATIKU

Tompi
Raihan

RAMADAN datang lagi. Seronoknya (walaupun sekarang dah nak masuk 13 Ramadan). Tapi tak seperti Aidilfitri, tak banyak lagu menceritakan mengenai keseronokan menyambut Ramadan berbanding lagu raya. Sedih kan.
Bagaimanapun, aku ada beberapa lagu yang diminati sepanjang Ramadan dan dijamin evergreen. Tak percaya? Percayalah.
1. Harapan Ramadan- Raihan feat Man Bai
Lagu ni memang best. Buat aku termenung seketika mengenai Ramadan. Apa yang aku buat sepanjang Ramadan yang dikatakan "Bulan Pesta Ibadat", kadangkala aku sendiri pun sedih. Sentiasa berharap "Ramadan kali ini penuh makna, agar dapat kulalui dengan sempurna."
2. Ramadan Datang-Tompi
Rentak upbeat lagu ini, buat aku tak percaya yang ini lagu keagamaan. Cerita pasal ketibaan Ramadan, cerianya umat menyambut Ramadan Al-Mubarak yang dipenuhi dengan ibadat.
3. Ramadan Bulan Suci-Nasyid Lama
Aku tak ingat siapa kumpulan nasyid wanita yang nyanyi lagu ini dan tajuknya, tetapi ini adalah 'all time favorite'. Masa zaman aku kecik2 dulu. Time dengar radio waktu sahur selalu ada lagu ni. "Ramadan, bulan yang suci. Rahmat melimpah dari Ilahi. Banyakkan amal dibulan ini, wajah muslimin selalu berseri"
4. Puasa Dulu Baru Raya-Raihan
Raihan dengan lagu "sing-along" memang tak dapat dipisahkan. Mudah tetapi mengesankan. Lagu ini buat aku rasa semangat dan naik bulu roma terutama bila nak dekat raya. Mari nyanyi, "Minal Aidil Wal Faizin...."
Sebenarnya ada banyak lagi lagu nasyid atau bertema Ramadan ni tapi mungkin jarang keluar radio atau aku tak sedar pun lagu ni ada
Tetapi lagu sedap je tak cukup kalau yang mendengarnya sendiripun tak menghayatinya dan beramal. Insaf-insaflah...

Comments

Popular Posts