cerita RABU, KHAMIS, JUMAAT

pagi RABU
Sewaktu pergi ke Konvensyen Sukan, ada peserta mencadangkan agar kita belajar dari kemenangan atlit seperti Nicol David atau persatuan sukan yang berjaya. Katanya banyak yang boleh dipelajari daripada kejayaan seseorang daripada asyik memberi tumpuan kepada kegagalan.
Betul juga apa yang dikatakan tu, kalau asyik fokus pada kegagalan, bila nak berjaya? Apa-apa pun, MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

awal pagi KHAMIS
Balik dari pejabat, tak tahu nak buat apa. Cuma layan TV sebelum tidur. Tengok Rachel Ray. Bukannya apa, tertarik dengan statement 'fitness guru' ni yang jadi tamu show ini. Katanya, orang sekarang tak banyak bergerak macam orang dulu-dulu, pasal tu badan semua naik. Baik dari budak sampailah ke orang tua. Katanya, orang sekarang tak banyak buat aktiviti fizikal macam potong kayu (nak cari kayu, nak cari kayu) etc...
Sedangkan katanya, peratus terlebih makan yang dihadapi orang kita sekarang ni hanya 2-3 peratus je berbanding tahun 50-an dulu .Jadi sarannya, banyak-banyakkan berjalan...

tengah hari JUMAAT
Sewaktu khutbah Jumaat, khatib memetik pesan Lukmanul Hakim pasal ilmu...

Kalau kita berilmu dan pergi ke majlis ilmu:

1. Kalau kita sudah ada ilmu itu, maknanya ilmu kita berguna
2. Kalau kita jahil, kita akan mendapat ilmu baru
3. Kalau Allah berkati majlis itu, kita juga akan mendapat berkat

Tapi, kalau kita berilmu tapi pergi ke majlis yang sia-sia:

1. Kalau kita sudah ada ilmu itu, ia tidak akan membantu kita
2. Kalau kita jahil, makin jahillah kita
3. Kalau Allah melaknat majlis itu, kita juga akan mendapat laknat

Fikir-fikirkanlah....

"Kau tempatku meminta
Kau buatku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang selalu bertaubat .."

afgan- pada-Mu ku bersujud

Comments

Popular Posts