tentang MARAH-MARAH

Ini cerita tentang marah-marah. Tak tahu la apa sebabnya kita boleh 'tersentap' (sentap? Ini mesti ada wayar yang putus) dengan apa yang berlaku di keliling kita. Lepas itu kita akan bengang semacam dan rasa nak nak belasah je (walaupun tak boleh, negara ni ada undang-undang ya).
Memang susah bila mula marah-marah. Benda kecil pun boleh jadi macam perang dunia. Tersiku sikit saja pun, dah naik angin. Mulut ringan je nak memaki, tangan dan kaki pun boleh juga.
Nampaknya bukan senang nak redakan rasa marah-marah ni, tambah pula kalau dari jenis cepat panas, lambat sejuk. Silap-silap boleh berhari hari. Hmm siapa pun tak suka kalau tengok muka monyok je, semuanya kerana marah-marah.
Sebaiknya, janganlah cakap apa-apa kalau marah-marah. Pernah terbaca satu kata-kata berbunyi begini: "Jangan bercakap bila sedang marah atau anda akan memberi satu ucapan yang paling disesali sepanjang hayat"
Mudah je kalau nak cuba nak hilangkan marah-marah ni. Selain ambil wuduk, solat (itu yang terbaik) apa yang boleh dibuat ialah tinggalkan tempat tu secepat mungkin. Lagi lama kita berada di situ lagi tak tenang hati. Tapi kalau marah-marahnya di rumah, janganlah sampai tak balik-balik.
Jangan marah-marah, nanti kena jual.

Comments

Popular Posts