hari hari TERAKHIR RAMADAN

TAK keterlaluan kalau aku katakan Ramadan kali ini paling pantas. Dua tiga hari lagi nak raya. Dalam dalam kepantasan itulah, berbagai-bagai kejadian yang tak masuk akal berlaku, ironik sungguh jika dibandingkan fitrahnya Ramadan sebagai bulan membersihkan diri, meningkatkan ibadah dan melawan hawa nafsu. Yang berlaku pula sebaliknya.
Ya Allah, inikah ujian buat hamba-Mu?
Bermula dengan ribut di bazar Ramadan, kes buang bayi, kes bunuh, tuntutan segelintir pihak yang tak masuk akal belum masuk lagi kes khutbah Jumaat, tazkirah di masjid dan bila Aidilfitri menghampiri pula isu iklan raya di tv dan khabar angin raya awal. Allahuakbar!
Setiap orang ada pandangan tersendiri mengenai perkara di atas tetapi bak kata Man Bai: "Ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna, agar dapat kulalui dengan sempurna."
Ya, kita mengharapkan kesempurnaan untuk Ramadan dan mengharap dapat bertemu Ramadan tahun depan, Insya Allah.
Paling penting moga apa yang dipelajari ketika Ramadan, dapat diteruskan Syawal nanti. Ayuh, kita me'Ramadan'i Syawal ini.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN

Comments

Popular Posts